Saturday, November 12, 2011
Selamat Menduduki SPM 2011
Peperiksaan SPM bakal diadakanmulai 14-11-11(Isnin). Beberapa panduan disalurkan kepada semua murid yang akan menghadapi peperiksaan. Semoga anda berjaya dalam peperiksaan:
Sehari Sebelum Peperiksaan:
-Bertenang (emosi yang stabil)
-Pemakanan yang sihat dan berkhasiat-pastikan diri anda sihat dalam musim peperiksaan
-Lihat Nota- buku buku teks
-Jadual Peperiksaan - tandakan
-Kad Pengenalan- pastikan ada
-Alat tulis - pastikan lengkap
-Sembahynag hajat-mohon restu Allah@tuhan
-Sokongan moral dari keluarga
-Persediaan mental yang mantap
-Tidur @ rehat yang cukup
Hari Peperiksaan
-Bangun awal pagi
-Sarapan yang seimbang
-Pastikan maklumat peperiksaan lengkap
-Datang awal ke dalam dewam peperiksaan
-Tiada lagi perbincangan tentasng pelajaran
-Doa-mohon ketenangan dan kejayaan
-Masuk ke dewan dengan berdisiplin dan tenang
-Peristiwa luar jangka - nombor telefon:
* Sekolah
* Guru
* Setiausaha Peperiksaan
Dalam Dewan Peperiksaan
-Berdoa- mohon ketenangan dan keyakinan
-Dengar arahan Ketua Pengawas dengan teliti
-Baca semua soalan sepintas lalu
-Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu
-Pastikan jawapan yang anda pilih
-Cetuskan idea-idea penting sebagai jawapan
-Catat idea pada kertas soalan
-Sentiasa semak baki masa yang ada
-Semak jawapan anda. Pastikan jawapan anda:
* Tepat dan padat
* Teersusun dan kemas
-Jika tertekan (stress)
* Banyakkan instighfar
* Tarik nafas
* Bertenang
* Bayangkan suasana yang nyaman
_Jika masih tertekan, minta bantuan pengawas peperiksaan
Selepas Peperiksaan
-Elakkan perbincangan tentang jawapan
-Balik dengan senang hati. jangan fikirkan apa yang telah anda jawab
-Ulangkaji matapelajaran yang seterusnya
-Tunaikan solat bagi murid Islam dan sembahyang mengikut agama masing-masing bagi
yang bukan Islam
-Berdoa
-Bertawakal
Ubk berdoakan semoga anda berjaya dan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, GOOK LUCK!
Labels:
Umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment