Tuesday, November 22, 2011

Selamat Cuti Sekolah....


UBK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua warga SMEKSES amnya dan murid-murdi khasnya, semoga adik-adik semua dapat memanfaatkan masa cuti panjang ini untuk memperlengkapkan diri untuk menghadapi cabaran 2012. Justeru, UBK menyenaraikan beberapa tip yang boleh anda amalkan semasa cuti sekolah ini. Antaranya ialah :

1. Mengamalkan prinsip belajar “sedikit demi sedikit”

Belajar dalam janka masa yang singkat, tetapi kerap dan berterusan. Contohnya pada musim cuti ini anda buat latihan matematik selama 30 minit dan ulangkaji atau buat latihan bahasa inglish selama satu jam setiap pagi.

2. Mengimbaskan Sukatan Pelajaran baru

Saya percaya sebelum anda cuti, anda telah mendapat buku-buku teks untuk tahun depan. Oleh itu, cuba baca sepintas lalu sukatan pelajaran yang ada dan mendapat maklumat tambahan untuk membantu anda lagar lebih memahami isi pelajaran yang bakal anda temouri nanti. Jika tidak mampu membaca sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang cuti sekolah. Sebaiknya anda buatkan jadual waktu belajar.

3. Menyemak nota-nota

Jangan lupa untuk menyemak nota-nota anda yang sedia ada. Ia mungkin boleh dikaitkan dengan isi pelajaran yang baru. Jika terdapat nota yang tidak lengkap, anda harus kemaskini dengan segera. Anda juga boleh merujuk kepada nota-nota kawan yang telah lengkap atau merujuk kepada buku rujukan. Apabila nota anda sudah lengkap, ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada tahun hadapan.

4. Menjawab soalan berformat PMR dan SPM

Ambillah kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat PMR dan SPM. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut. Antara set soalan yang boleh anda jawab ialah koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Bertanyalah pada kekawan untuk mendapatkan set-set soalan tersebut.

5. Tubuhkan kumpulan belajar

Banyak faedah apabila belajar secara berkumpulan. Antaranya ialah boleh berkongsi ideadan maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, anda juga boleh melakukan perbincangan dan membuat nota ringkas mengikut topik yang telah ditetapkan.

6. Membaca bahan bacaan tambahan

Anda boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya.

Akhir kalam dari saya semoga anda menggunakan masa cuti sekolah ini sebaik mungkin. Jangan membazirkan masa anda dengan melepak, berkunjung ke pusat-pusat game dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri anda. Semoga anda berjaya pada masa akan datang.

Akhir kata, UBK menyeru kepada para ibu bapa agar awasilah pergerakan anak anda. Seperti mana kita ketahui sekarang adalah musim hujan, jangan biarkan anak-anak bermain air untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

“SELAMAT BERCUTI……………….”

No comments:

Post a Comment

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...