Friday, December 28, 2012

Hari Suai Mesra Tingkatan 1 & Peralihan 2013

 VIP yang hadir bersama
Dewan sekolah

 Di Kantin
 Bilik BOSS
 Dalam kelas
Hari Suai Mesra Tingkatan 1 & Peralihan diadakan pada 28-12-12(Jumaat)jam 8.30 pagi. Ibu bapa dan murid-murid baru membanjiri sekolah pada awal-awal pagi. Program Suai Mesra diadakan di Dewan Sekolah untuk Taklimat Ibu Bapa, sementara taklimat murid diadakan di kantin sekolah.

Seleaps taklimat, murid-murid baru bergerak di kelas masing-masing untuk berurusan dengan guru kelas. Murid-murid baru juga digerakkan ke kedai buku, koperasi sekolah untuk membeli keperluan alat persekolahan.Bilik BOSS juga dibuka untuk mengagihkan buku teks kepada mereka.

Thursday, November 1, 2012

Program Bersamamu Keluargaku PPKI

PPKI sekolah telah mengadakan Program Bersamamu Keluargaku sejak 30-10-12 dan majlis penutupannya dilangsungkan pagi tadi.

Program ini merupakan program tahunan PPKI uang disambut oleh semua warga PPKI sabagai tanda penghargaan kepada semua warga sekolah. PIBG  serta keluarga murid-murid PPKI yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada usaha-usaha meningkatkan mutu pendidikan ,murid-murid PPKI.

YDP PIBG dan beberapa orang AJK PIBG telah hadir bersama untuk mmemeriahkan majlis. YDP PIBG dijemput untuk merasmikan program yang penuh bermakna ini. Sempena dengan program ini, Upacara Graduasi telah diadakan untuk meraikan 12 orang murid PPKI yang telah tamat pembelajaran mereka di PPKI kita.




 

Murid-murid juga membuat persembahan untuk menghiburkan para tetamu jemputan dan para ibu bapa/ penjaga yang hadir bersama. Pameran hasil kerja  juga diadakan untuk mempamerkan hasil kerja murid PPKIyang agak unit dan istimewa. Majlis penyampaian hadiah pula diadakan untuk memberi rangsangan kepada para murid PPKI yang menang dalam pelbagai pertandingan yang diadakan dalam 3 hari ini.

Wednesday, October 31, 2012

Biasiswa International Baccalaureate(IB)Diploma


Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur kini menawarkan dua biasiswa Biasiswa International Baccalaureate(IB)Diploma bagi ppengambilan Bulan Ogos 2013 untuk murid warganegara Malaysia yang akan menduduki SPM 2012. Program ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah ditawarkan semenjak 2002.

Kesemua penerima biasiswa IB yang lalu telah menunjukkan prestasi yang amat baik dalam pprogram dua tahun itu. Kebanyakan mereka telah memasuki universiti berprestij di seluruh dunia malah ada yang memilih untuk meneruskan pembelajaran di universiti tempatan.

Murid-murid tingkatan 5 yang berminat boleh berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Sekian, terima kasih!

Saturday, October 20, 2012

Bakal Usahawan Negara Akan Datang








PRS telah mengambil bahagian dalam Karnival Usahawan Muda 2012 dengan mengadakan jualan. Gerai PRS dibuka pada awal pagi sebelum 7.30 untuk membuat persiapan. PRS telah merancang sebelum itu agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar. PRS tingkatan 4 diberi tugas untuk membuat jualan air panas, air cendol dan sandwich.

Semua PRS tingkatan 4 yang terlibat telah memberi komitmen yang amat menggalakkan dan akhirnya kami berjaya menghabiskan air cendol dan sandwich.

Syabas dan tahniah kepada semua PRS yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti. Anda semua menunjukkan kebolehan untuk menceburi dalam bidang keusahawanan dan cikgu yakin anda semua berpotensi untuk menjadi usahawan negara pada masa akan datang.

Wednesday, October 17, 2012

Ceramah KV dan SM Teknik








Ceramah Kolej Vokasional & SM Teknik telah membuka tirai Program Selepas PMR 2012. Program ini diadakan pada 8.00 pagi di Bilik Seminar dan dihadiri 118 orang murid Tingkatan 3. Ceramah disampaikan oleh Pn Norsham Binti Mohammed, Guru B & K dari SM Vokasional Sungai Buloh.

Pn Norsham memberi taklimat yang sangat informatif berkaitan dengan konsep baru Kolej Voaksional yang akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2013 supaya para murid memahaminya dan dapat mengambil tindakan yang sepatutnya selepas ini.

Monday, October 15, 2012

Karnival Usahawan Muda & Kokurikulum 2012

Karnival Usahawan Muda & Kokurikulum akan diadakan pada 20-10-12 (Sabtu)ini pada 7.30 pagi hingga 2.00 petang. orang ramai,ibubapa, penjaga dan semua warga sekolah SMK Seri Selayang dan komuniti tempatan dijemput untuk hadir ke sekolah untuk sama-sama kita memeriahkan dan menjayakan karnival ini.

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk jualan makanan/alat keperluan harian/pakaian dan sebagainya, pameran, permainan, rumah hantu dan banyak lagi yang pasti menghiburkan semua pengunjung.

Kunjungi karnival ini beramai-ramai demi menjayakannya!


Sunday, September 23, 2012

Kursus Asas PRS 2012

 
 

UBK telah mengadakan Kursus Asas PRS untuk semua PRS pada 22-9-2012 (Sabtu) di Bilik Seminar. Kursus ini dikendalikan oleh Pn Hjh Norhana dan Cik Irmayati.


 
 
Ceramah Kemahiran Asas telah disampaikan oleh Pn Hjh Norhana. Para PRS didedahkan dengan kemahiran asas PRS seperti objektif, matltamat, rasional, etika PRS, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar.




Sementara Ice Breaking dan Team Building dikendalikan oleh para fasilitator yang terdiri daripada PRS tingkatan 4. Mereka dapat mengenlolakan aktiviti LDK dengan penuh keyakinan. Tahniah dan syabas diucapkan.



Sunday, September 16, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh 2012 boleh dibuat melalau laman sesawang KPM mulai 15-9-12 (Sabtu). Calon-calon PMR 2012 yang berminat dan layak boleh mengemukakan permohonan secara online dan borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar satu salinan kepada guru kaunseling untuk simpanan sekolah.

Tarikh tutup permohonan ialah 31-10-12, semua permohonan memerlukan pengesahan Pengetua secara online sebelum 5-11-12.

Diharap murid-murid Tingkatan 3 yang berminat dapat mengambil tindakan secepat mungkin sebelum terlambat.


Monday, September 10, 2012

Kem PRS 2012

 

   
 

 
UBK telah mengadakan Kem PRS di Taman Rimba Komanwel, Jalan Rawang pada 8-9-12 dan 9-9-12. Kem ini dianjurkan bersama dengan sekolah jiran kita,seramai 20 orang PRS sekolah kita telah menyertai kem ini. Tujuan mengadakan kem ialah meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan PRS, di samping meningkatkan kepimpinan mereka.


 
 

 Peserta perempuan terbaik
 Peserta lelaki terbaik
Kumpulan johan

Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam kem ini bagitu menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi peserta.

Thursday, August 30, 2012

Ambang Kemerdekaan 2012

 


Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang Ke-55, sekolah telah mengadakan sanbutan Amabng Kemerdekaan pagi tadi,untuk menanam semangat menghayati erti kemerdekaan, menghargai sumbangan tokoh-tokoh Negara dan meningkatkan semangat cinta akan Negara.



Sambutan dimulakan dengan Perarakan masuk Jalur Gemilang oleh kumpulan Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Polis yang beruniform penuh. En Samsuki Bin Sudin, Pengetua kita dijemput untuk merasmikan majlis.


 

 

 
Sambutan disusuli dengan acara mendeklamasi sajak ppatriotik,  memperkenalkan tokoh-tokoh Negara dan nyanyian lagu pertriotik  beramai-ramai.


Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...