Wednesday, February 29, 2012

Tokoh NILAM 2011





Majlis Penyampaian Sijil Tokoh NILAM 2011 telah diadakan pada 20-2-2012 semasa perhimpunan mingguan. Murid-murid yang rajin membaca diberi sijil sebagai tanda penghargaan ke atas usaha mereka dalam menimba ilmu selain daripada ilmu yang terdapat dalam buku teks.

Majlis ini disempurnakan oleh En Samsuki B Sudin, Pengetua SMK Seri Selayang.

Saturday, February 25, 2012

Program Motivasi Semester 1

Cik Ummi(kanan) dari Kolej ISBA-Minda dan krewnya

En Kamhal memberi tips-tips untuk mempelajari Kimia.

En Umaas berkongsi Teknik Belajar Matematik & Matematik Tambahan
En Mohd Azuhan, penceramah motivasi dari De' Soul


UBK telah mengadakan Program Motivasi mulai 9-2-2012 (Khamis) dan berakhir pada 16-2-2012 (Khamis). Antara aktiviti yang disusun termasuk Ceramah Motivasi, Ceramah Teknik Belajar dan Ceramah Sijil Kemahiran Malaysia.

Saturday, February 18, 2012

Road Run 2012




Kejohanan Road Run 2012 telah berlangsung pada jam 8.00 pagi. Kejohanan ini dirasmikan oelh YDP PIBG SMK Seri Selayang, En Ahmad Ali Hanafiah B Ramli.

Rumah Topaz berjaya menjuarai kejohanan ini, sementara Rumah Ruby muncul sebagai Naib Johan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang menang dan kepada yang gagal, tahun depan datang lagi.

Tuesday, February 14, 2012

Kejayaan Dalam MSSD Gombak

Muhd Lukman Hakim B Mohd Ibrahim(kanan) & Luqman B Agussalim (kiri)(3KAA),
Tempat Ketiga Badminton Beregu Bawah 15 tahun, MSSD Gombak

Muhd Lukman Hakim B Mohd Ibrahim (3KAA),
Johan Badminton Perseorangan Bawah 15 tahun MSSD Gombak

Amirul Tauhid (5PA), Tempat Ketiga Ping Pong
Kategori Bukan Cina Bawah 18 tahun MSSD Gombak

Lew Boon Kit (5MPV), Naib Johan Ping Pong Bawah 18 tahun MSSD Gombak

UBK mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah di pperingkat MSSD Gombak.

Tuesday, February 7, 2012

Selamat Hari Thaipusam


UBK mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu SMK Seri Selayang.

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.

Semoga kita diberi kesejahteraan, kebahagiaan dan keharmonian di hari yang mulia ini.

Monday, February 6, 2012

Majlis Minum Petang Alumni SMK Seri Selayang

Majlis Minum Petang Alumni SMK Seri Selayang akan ditunda ke 28 April, 2012 (Sabtu) jam 2 petang hingga 5 petang di Perangsang Templer Golf Club, Jalan Rawang. Majlis ini dianjurkan oleh PIBG dan SMK Seri Selayang. Bayaran RM50.00 dikenakan kepada semua bekas anak didik dan guru SMK Seri Selayang/ SMK Taman Selayang 2.

Semua bekas didik anak dan tenaga mengajar dialu-alukan untuk menghadiri majlis ini.

Sunday, February 5, 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H

UBK mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL kepada semua warga sekolah yang meraikannya. Keberkatan menyambut Majlis Maulud bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Wednesday, February 1, 2012

Kempen Budi Bahasa

Upacara Memotong Kek Kempen Budi Bahasa

Persembahan murid

Kempen Budi Bahasa anjuran Panitia Sivik & Kewarganegaraan telah dilancarkan pada 30-1-12(Isnin). Majlis Pelancaran disempurnakan oleh En Samsuki Bin Sudin, Pengetua SMK Seri Selayang. Kempen yang bertemakan "RINGANKAN TANGAN HULURKAN BANTUAN" ini bertujuan untuk memupuk semangat berbudi bahasa dalam kalangan warga sekolah.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...