Friday, October 29, 2010

Jamuan Akhir Tahun UBK 2010







Jamuan Akhir Tahun UBK diadakan pada 28-10-10(Khamis)jam 12.30 tengahari di Tamn Bimbingan dan Kaunseling. Jamuan ini diadakan untuk meraikan semua PRS yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan semua program anjuran UBK. Jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan PRS Tingkatan 5 yang bakal meninggalkan sekolah. Cenderahati diberikan kepada semua PRS Tingkatan 5 sebagai kenang-kenangan.

Wednesday, October 27, 2010

Tawaran Biasiswa Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 2011


Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka telah memperuntukkan DERMASISWA PENDIDIKAN untuk membantu murid lepasan SPM yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Tawaran DERMASISWA PENDIDIKAN sehingga RM4000.00 akan dinikmati sekiranya murid bersetuju mengikuti pengajian di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.

Murid-murid yang berminat boleh merujuk kepada guru kaunseling untuk keterangan lanjut.

Tuesday, October 26, 2010

Tawaran Biasiswa Yayasan Pendidikan Cheras



Tawaran biasiswa kepada murid-murid lepasan SPM 2010 sempena ulangtahun ke-10 Yayasan Pendidikan Cheras dibuka kepada semua murid SMEKSES yang berminat dan layak.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

1. Kelayakan: Mendapat 5 kredit dan ke atas dalam SPM 2010.
2. Pendapatan keluarga:Tidak melebihi RM 3000.00
3. Tawaran biasiswa penuh untuk (1)tahun
4. Program yang ditawarkan: Foundation in Businessand Information Technology
5. Lanjutan ijazah muda - 100% PTPTN

Murid-murid yang berminat boleh merujuk kepada guru kaunseling untuk keterangan lanjut.

Saturday, October 23, 2010

Lanjutan Tempoh Permohonan Ke Program Matrikulasi 2011

KPM telah melanjutkan tempoh permohonana ke Program Matrikulasi 2011 sehingga 30hb. November, 2010 supaya murid-murid mempunyai masa yang cukup untuk mengemukakan permohonan. Murid-murid Tingkatan 5 yang berminat masih sempat untuk membuat permohonan.

UBK menyeru kepada murid tingkatan 5 yang berminat mengambil tindakan segera.

Monday, October 18, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010





Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 diadakan mulai hari ini (18-10-10), sementara peperiksaan untuk Tingkatan Peralihan, 1, dan 2 akan diadakan pada 25-10-10. Peperiksaan UBK mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN! Semoga anda semua berjaya dalam peperiksaan.

Friday, October 15, 2010

Pondok Informasi Taman Bimbingan & Kaunseling













UBK telah menyediakan Pondok Informasi di dalam Taman Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan menyediakan Pondok Informasi agar dapat memantapkan penggunaan Taman Bimbingan dan Kaunseling.

Tuesday, October 12, 2010

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 / 2011 Semenanjung Malaysia



Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2010 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2010 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2011. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM


1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C,
D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)
2010.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan
Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di
Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon
dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah
Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan
Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2010.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
online.

Pemilihan
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau
kata laluan.
2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains
MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011 (http://eputra.com/permohonan-kemasukan-mrsm-tingkatan-empat-
2011/).
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan
online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya
bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:

* Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA
Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan
Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.

Tarikh Tutup

1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.
2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen
yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011
permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat


1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4
Tahun 2011 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010
Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan lebih maklumat.
3. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi
talian 03 2690 3765.
4. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan

Friday, October 8, 2010

Permohonan Tingkatan 4 Ke Sekolah Teknik dan Vokasional 2011

Murid Tingkatan 3 yang baru lepas menduduki PMR, yang minat memohon ke Sekoleh Teknik dan Vokasional boleh mengemukakan permohonan mulaI 4-10-10 (Isnin) secara online. Panduan permohonan adalah seperti berikut:

Syarat-syarat Umum:


* Pemohon mestilah warganegara Malaysia
* Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah
Rendah (PMR) Tahun 2010
* Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
* Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung,
darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius
dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa
menjalankan kerja amali).
* Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang
berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

* Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web:
www.esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke Sekolah Menengah Teknik atau
Sekolah Menengah Vokasional berhampiran
* Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010, dan tarikh tutup ialah 30-11-10.

Kemudahan Asrama:

* Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak,
tertakluk kepada had yang ditetapkan.

KURSUS YANG DITAWARKAN DI SMV/T TAHUN 2011

BIDANG TEKNIKAL
1 KEJURUTERAAN MEKANIKAL
2 KEJURUTERAAN ELEKTRIK
3 KEJURUTERAN AWAM
4 PERDAGANGAN
5 AGROTEKNOLOGI

PENDIDIKAN VOKASIONAL
1 AUTOMOTIF
2 PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
3 AMALAN BENGKEL MESIN
4 KIMPALAN
5 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
6 BINAAN BANGUNAN
7 PENGURUSAN TEKNOLOGI PEJABAT
8 PENGURUSAN PERNIAGAAN
9 FESYEN
10 KATERING
11 SENI KECANTIKAN
12 PERKEMBANGAN DAN PERKHIDMATAN KANAK-KANAK
13 BAKERI
14 PELANCONGAN
15 HORTIKULTUR HIASAN DAN LANSKAP
16 TEKNOLOGI TANAMAN
17 AGROINDUSTRI TANAMAN
18 AGROINDUSTRI TERNAKAN
19 PENGATURCARAAN KOMPUTER

LATIHAN KEMAHIRAN
1 PEMESINAN AM
2 JURUKIMPAL
3 PELUKIS PELAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
4 MEKANIK KENDERAAN MOTOR
5 MEKANIK PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA
6 FURNITURE MAKER
7 JURUBINA BANGUNAN
8 JURUBINA BANGUNAN BERASASKAN KAYU
9 JURUPAIP
10 PELUKIS PELAN SENIBINA
11 WOOD PROCESSING AND FINISHING TECHNOLOGY (FURNITURE)*
12 JURUTEKNIK ELEKTRIK
13 JURUTEKNIK ELEKTRONIK INDUSTRI - PERALATAN
14 JURUTEKNIK ELEKTRONIK AUDIO VISUAL
15 DEMI CHEF
16 PEMBUAT DAN MEREKA PAKAIAN WANITA
17 PENDANDAN RAMBUT
18 JURUKECANTIKAN
19 JURUTEKNIK AKUAKULTUR
20 JURUTEKNIK LADANG PERTANIAN
21 PEMPROSESAN MAKANAN
22 PROGRAM INDUSTRI EKUIN ATAU EQUINE*

Program Selepas PMR 2010

Program Selepas PMr akan diadakan mulai 4-10-10. Murid-murid Tingkatan 3 digalakkan untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijadualkan dalam program ini.

Jadual program adalah seperti berikut:





Sunday, October 3, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan PMR 2010!





Peperiksaan PMR 2010 akan berlangsung pada 5-10-10(Selasa). UBK mengucakan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PMR 2010kepada semua calon PMR SMK Seri Selayang, semoga anda berjaya dan GOOD LUCK!

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...