Sunday, May 27, 2012

Pameran Raja Kita

 Pintu besar Istana Negara lama
 Pakaian rasmi DYMM SPB Yang Dipertuan Agong
 Takhta Diraja
 Mahkota YDP Agong
Pengunjung membanjiri dewan pameran

UBK mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua warga SMEKSES, semoga cuti ini digunakan untuk aktiviti yang mendatangkan manafaat dan penuh bermakna di samping beristirehat bersama keluarga.

Sekiranya anda masih belum tentukan destina yang ingin dilawati, UBK mencadangkan anda semua selaku rakyat Malaysia boleh lah mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke PAMERAN RAJA KITA yang sedang berlangsung di Istana Negara yang lama.

Pameran ini diadakan sempena dengan Majlis Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang baru. Pameran diadakan bermula 16 April dan akan berakhir pada 15 JUn, 2012. Pameran dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai 9.00 pagi hingga 5 petang, masuk adalah percuma.

Kita dapat melihat sendiri alat-alat =istiadat istana, pakaian YDP Agong, pingat-pingat kebesaran serta takhta yang digunakan semasa Majlis Pertabalan.

Friday, May 25, 2012

Gotong Royong Di Taman B & K

 Membubuh baja
 Mencabut rumput

Menanam pokok di sekeliling taman


Kerja gotong royong membersihkan dan menceriakan Taman Bimbingan & Kaunseling telah diadakan pada awal pagi Jumaat ini. Para PRS tingkatan 4 telah menjalankan kerja-kerja bersama Cik Hing yang turut turun padang dalam aktiviti ini.Para PRS begitu bersemangat melakukan kerja-kerja perkebunan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Rumput yang panjang dicabut bersih dan pokok yang tinggi dipotong kemas.Kerja gotong royong ini telah tamat selepas waktu rehat. Ucapam ribuan terima kasij ditujukan kepada para PRS yang turut menyumbangkan tenaga dan titik peluh.

Friday, May 18, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

 En Ahmad Ali Hananfiah, YDP PIBG menyampaikan ucapan Hari Guru.

 Barisan guru yang menghadiri majlis sambutan

 En Samsuki Bin Sudin, Pengetua SMEKSES menyampaikan utusan Menteri Pelajaran

En Mohd Al-Mizan mengetuai Bacaan Ikrar.

Majlis Sambutan Hari Guru telah diadakan pada awal pagi Rabu yang lepas, bersamaan 16-5-2012 (Rabu). YDP dan NYDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru turut hadir bersama. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa, Nyanyian Lagu Rasmi dan ucapan VIP. En Samsuki pula menyampaikan Perutusan Menteri Pelajaran dan diikuti dengan Bacaan Ikrar dan Nyanyian Lagu "Kami Guru Malaysia" oleh para pendidik.

Selepas minum pagi, para guru berkumpul di dewan untuk menyaksikan persembahan para murid dan menyertai Indoor Game. Majlis berakhir selepas para guru menjamu selera yang ditaja oleh pengusaha kantin.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara", semoga para guru diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjalankan kewajipan dengan penuh bertanggungjawab.


Tuesday, May 15, 2012

'Guru O Guru'

'Guru O Guru '

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
 
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

 "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara", SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik amnya dan warga pendidik SMEKSES khasnya.....

Saturday, May 12, 2012

Happy Mother's Day


UBK mengucapkan "Happy Mother's Day" kepada kaum ibu dan anak-anak yang meraikan hari yang penuh makna ini. Semoga kita semua sentiasa mengenangkan jasa ibu kita yang melahirkan dan membesarkan kita di samping memberi penjagaan yang tidak terhingga.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...