Friday, August 20, 2010

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TING 4 KE SBP

SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

Tawaran ini hanya sah sekiranya anda memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan
bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah dan penyakit berjangkit.
3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran
yang ditetapkan.
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh
yang berkaitan.

PERMOHONAN MURID TINGKATAN EMPAT(4)

Syarat Pemilihan

1.Warganegara Malaysia.
2.Ibu bapa murid adalah warganegara Malaysia.
3.Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
4.Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
* Sekurang-kurangnya memperoleh Gred A bagi enam (6)mata pelajaran tidak termasuk
mata pelajaran Bahasa Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga seperti Bhs Arab,
Perancis, Jerman, Iban, Jepun, Mandarin, Tamil atau seumpamanya.
* Mesti memperoleh Gred A dalam SAINS dan MATEMATIK.
* Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran yang lain, dan
* Untuk ke tingkatan 4 Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama, calon hendaklah
memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Islam, dan sekurang-kurangnya Gred C bagi
mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi).

Pemilihan adalah

a) Merit AKADEMIK (PMR) 80 markah
b) Merit penglibatan dalam aktiviti KOKURIKULUM 30 markah
c) Merit STATUS-EKONOMI IBU BAPA ATAU PENJAGA, akan dinilai sebanyak 20 markah.
d) Merit LOKASI SEKOLAH ASAL 6 markah.

PROSEDUR PERMOHONAN

1. Murid mestilah mengisikan BORANG secara manual bagi memudahkan guru atau ibu bapa
membantu mengisi secara atas talian(online) di alamat: www.moe.gov.my
2. Salinan maklumat permohonan hendaklah diserahkan kepada Pengetua untuk pengesahan
dan dihantar ke PPD Gombak. Permohonan yang tidak disahkan oleh Pengetua tidak akan
diproses.
3. Permohonan dibuka mulai 1hb. September sehingga 30hb.September, 2010.

Sebarang pertanyaan tentang PERMOHONAN boleh merujuk kepada Cik Hing.

Wednesday, August 18, 2010

Permohonan Ke Tingkatan 4 SBPI Tahun 2011



Permohonan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)2011 dibuka kepada semua murid lepasan PMR (Tingkatan 3)2010 . Taklimat permohonan akan diberikan pada minggu depan,harap maklum!

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Datang!



UBK mengucapkan SELAMAT DATANG kepada Pengetua baru kita, En Samsuki B Sudin yang baru melaporkan diri sejak Jumaat lepas.

En Samsuki B Sudin sebelum ini memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Kini beliau dilantik sebagai Pengetua sekolah kita bagi menggantikan Pn Wan Saberina Bt Wan Musa yang berpindah ke SMK Taman Melawati.

Semoga sekolah kita dapat menerajui kecemerlangan di bawah pimpinan Pengetua baru.

Selamat Datang, En Samsuki!

Tuesday, August 3, 2010

Majlis Perpisahan Pengetua







Majlis Perpisahan Pengetua, Pn Wan Saberina Bt Wan Musa telah diadakan pada 3-8-2010 (Isnin) pukul 7.35 pagi. Pn Wan Saberina akan bertukar ke SMK Taman Melawati.

Majlis dibuka tirainya dengan perarakan masuk Pn Wan ke tapak perhimpunan dengan diiringi oleh semua guru sehingga naik ke pentas utama.Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai En Jamil. Pn Nooruslaini dalam ucapannya telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada PN Wan yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan SMEKSES. En. Ahmad Ali Hanafiah, YDP PIBG juga dijemput untuk memberi ucapan.

Pn Wan ntelah memberi ucapan buat kali terakhir di SMEKSES. Beliau memberi nasihat dan dorongan kepada semua warga SMEKSES agar turut berusaha demi kebaikan sekolah.

Majlis sampai kemuncak apabila penolong-penolong kanan dan GKMP mewakili unit masing-masing untuk menyampaikan cenderahati buat kenang-kenangan untuk Pn Wan.

Bengkel Kemahiran Menulis Karangan





Bengkel Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu SPM telah diadakan pada 2-8-2010(Isnin)untuk murid tingkatan 5. Kelas-kelas yang terlibat termasuk 5 PD, 5SRT, 5RJP, 5PA dan beberapa murid terpilih dari 5 Sains dan 5 Teras.Cikgu Malek, seorang motivator yang secara sukarela menawarkan diri untuk membantu calon-calon yang kurang berkeyakinan dalam Penulisan BM. Teknik-teknik yang disampaikan olh Cigku Malek amat berguna dalam membantu murid untuk menjawab soalan penulisan.

Monday, August 2, 2010

Majlis Pelancaran Bulan Patriotik









Majlis Pelancaran Bulan Patriotik telah diadakan pada 2-8-2010 (Isnin)awal pagi lagi. Majlis ini disempurnakan perasmian oleh Pn Wan Saberina Bt Wan Musa, Pengetua SMEKSES dan diiringi Pn Nooruslaini Bt Mohd Nor, Penolong Kanan dan En Mohd Hanafiah B Baharuddin, PK Kokurikulum. Jalur Gemiling telah dikibarkan selepas laungan Merdeka sebanyak 3 kali yang diketuai Pengetua.

Program Motivasi Murid Moral








Program Motivasi untuk murid moral telah diadakan pada 3-7-2010(Jumaat) jam 12.45 tgh hingg 2.15 tgh di Bilik Seminar. Program ini disampaikan oleh EN Andrew dalan Bahasa Mandarin memandangkan kebanyakan murid Sesi Petang kurang fasih dalam Bahasa Melayu.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...