Thursday, November 17, 2011

Permohonan Kemasukan ke IPTA & ILK 2012/2013

Permohonan termasuk:

1) Kemasukan ke IPTA Program Lepasan SPM/Setaraf Peringkat Diploma & Program Persediaan Sesi Akademik 2012/2013 dan

2) Kemasukan Ke Program Sijil & Diploma di Institutsi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional & Latihan Kemahiran (ILK) mulai ambilan 2012

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :-

  • Warganegara Malaysia dan
  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:

  • Semua program Asasi di UIAM;
  • Semua program Asasi Sains di UM;
  • Semua program pengajian di UiTM; dan
  • Semua program Asasi di UNIMAS

Permohonan Kemasukan ke IPTA Permohonan kemasukan ke IPTA melibatkan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti berikut :-

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM) **Ambilan Sendiri

Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut :-

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)

  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)

  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun - Malaysia (JMTI)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

  • Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

  • POLITEKNIK
  • KOLEJ KOMUNITI

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI

  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Calon SPM 2011 yang berminat boleh mendapat Nombor Unik ID dengan harga RM 10.60 di BSN dan boleh diguankan untuk mengemukakan kedua-dua permohonan, iaitu IPTA dan ILK secara online di laman sesawang upu.mohe.gov.my

No comments:

Post a Comment

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...