Friday, June 15, 2012
Yayasan pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin / Anak Yatim Nasional (SANTUN) sejak 2006.
Skim ini diperkenalkan sebagai usaha memberikan apresiasi kepada anak-anak di dalam kelompok miskin/ anak yatim yang telah menunjukkan prestasi tersendiri dalam bidang pelajaran, sekaligusnya sebagai langkah untuk melakukan islah terhadap masa depan anak-anak yang terpilih melalui skim ini.
Syarat-syarat menyertai program ini:
a) Calon mestilah warganegara Malaysia.
b) Kecemerlangan Pencapaian Akademik sekurang-kurangnya 8A dalam SPM, ataupun pelajar terbaik
di parlimen berkenaan.
c) Calon mesti dari kalangan:
Anak yatim (kematian bapa @ ibu / yatim piatu)
Anak Miskin - pendapatan isi rumah RM 2,000.00
d) Keutamaan diberikan kepada pelajar dari sekolah kerajaan dan terbuka kepada semua pelajar
terbaik/ cemerlang yang telah menduduki SPM 2011.
e) Calon mestilah seorang pelajar yang berdisiplin tinggi, aktif dalam bidang kokurikulum serta terlibat
dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah, mukim dan negeri.
Peserta yang terpilih akan mendapat manfaat kewangan dan layak untuk berada di bawah skim ini selama tempoh 6 tahun. Peserta berpeluang mendapat pelbagai pendedahan yang bertujuan untuk memperkasakan masa depan mereka.
Sesiapa yang berminat boleh mendapat Borang Permohonan dengan guru kaunseling sekolah. tarikh tutup ialah 30 Jun, 2012.
Labels:
Umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment