Thursday, June 28, 2012

Lawatan Kerjaya Ke Sekolah Menengah Vokasional Selangor

UBK mengadakan Lawatan Kerjaya ke SM Vokasional Selangor, Sungai Buloh pada 27-6-12 (Rabu). Lawatan ini diketuai oleh Pn Hjh Norhana BT Othman dan Cik Irmmayati Bt Sudirman ( Guru Kaunseling Pratikal UniRazak).

Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti UBK sempena Minggu Kerjaya dengan tujuan untuk memboleh murid-murid dapat maklumat tentang kemasukan ke SM Vokasional bagi mengikut pendidikan vokasional atau kemahiran. Murid-murid berpeluang untuk mendapat pengetahuan awal dan langsung tentang laluan kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional. Murid-murid juga diberi peluang untuk melawat ke bengkel-bengkel yang sedia ada dan peralatan-peralatan yang digunakan.

Banyak maklumat yang didedahkan oleh pihak penganjur dan memang banyak info yang diperoleh murid-murid yang mengikuti lawatan.

No comments:

Post a Comment

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...