Friday, September 30, 2011

Majlis Restu Kasih PMR 2011




Majlis Restu Kasih untuk calon-calon PMR telah diadakan pada 29-9-11 (Khamis) di tapak perhjmpunan sekolah.

Majlis disusuli dengan Ucapan Pengetua, Pesanan PK, Taklimat Peperiksaan dan khidmat nasihat kaunselor. Majlis diadakan dengan tujuan memberi input kepada caolon-calon PMR agar mereka lebih berkeyakinan untuk menghadapi Peperiksaan PMR. YDP PIBG dan 2 orang AJK turut hadir dalam majlis yang penuh makna ini. Calon-calon PMR sempat bersalam-salaman dengan tetamu khas, para pentadbir dan guru-guru, semoga usaha mereka direstui dan mendatangkan hasil. Sempena dengan majlis ini, PIBG juga menghadiahkan 2 batang pensel 2B kepada setiap calon PMR.

Thursday, September 29, 2011

Kursus Peningkatan Profesionalisme GBK Negeri Selangor




Kursus Peningkatan Profesionalisme GBK Negeri Selangor telah diadakan pada 24-9-11(Sabtu) di Taylor's Universiti Lakeside Campus, Subang Jaya. Kursus ini dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Cawangan Selangor.

Drc Adnan dari Taylor's Universiti dan Dr Sidek dari UPM telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja berkaitan dengan Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 20 orang GBKSM Daerah Gombak telah menghadiri kursus ini. Input kursus amat memanfaatkan kepada para GBKSM dalam meningkatkan pengetahuan profesionalisme B&K.

Monday, September 26, 2011

Discover The Designer In You


Saito College akan menganjurkan Kursus Pendek “Discover The Designer In You” menjelang Disember 2011. Murid Tingkatan 5 ynag berminatv boloeh mengikuti kursus ini untuk mendapatkan pendedahan tentang impak yang terkandung dalam bidang Art Design, Graphic Design, Creative Advertising, Interior Design, Multimedia Design dan sebagainya.

Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan Borang Pendaftaran daripada Cik Hing. Kekosongan terhad kepada 200 orang sahaja, siapa cepat dia dapat.

Friday, September 23, 2011

Karnival Merekayasa Perkhidmatan B & K SM Daerah Gombak 2011





Karnival Merekayasa Perkhidmatan B & K SM Daerah Gombak 2011 telah berlangsung di SM Vokasional Sungai Buloh pada 22-9-11 (Khamis).

UBK telah mengambil bahagian dalam Kategori Pembinaan Blog dan Pengurusan FaceaBook. Pertandingan berjalan lancar. UBK Smekses telah memenangi tempat ketiga dalam Kategori Penyebaran Maklumat B&K Melalui FaceBook. UBK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah yang memberi kerjsama dan sokongan kepada FaceBook dan Blog UBK. Sumbangan anda amat dihargai dan harap diteruskan lagi.

Wednesday, September 21, 2011

PROGRAM SENTUHAN QALBU SEBELUM PEPERIKSAAN

PROGRAM SENTUHAN QALBU SEBELUM PEPERIKSAAN
Tarikh : 30 September 2011 (Jumaat)

* Untuk murid Islam program ini akan diadakan di Surau Al-Ikhlas SMK Seri Selayang.
Atur Cara Program :
~ Bacaan Yasin
~ Solat Sunat Dhuha
~ Solat Hajat
~ Tazkirah
* Untuk murid beragama Hindu akan diadakan sembahyang Hajat di Kuil Selayang.

* Untuk murid Cina akan diadakan ceramah motivasi bersama kaunselor.

Sambutan Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia/Hari Raya Aidil Fitri 2011



Majlis Pemuafakatan Parlimen Gombak akan menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia/Hari Raya Aidil Fitri 2011 pada 24-9-2011(Sabtu) pukul 8.15 pagi hingga 4.30 petang bertempat di SMK Seri Selayang.

Program ini disusuli dengan pelbagai atur cara yang menarik seperti berikut:

a. Ujilari Altan dan Sistem
b.Persembahan Kugiran
c. Persembahan Kebudayaan Tarian Melayu/Cina/India
d. Persembahan Karaoke
e. Temuduga Terbuka dengan 578 kekosongan pelbagai jawatan untuk korporat:
Pizza Hut Restaurant Sdn.Bhd
Peps-JV (M) Sdn Bhd
WSA Engineering Sdn Bhd
Prestar Resources Berhad
Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd
Combat Coating (M) Sdn Bhd
Cash Band (M) Bhd
Euro Chairs Manufacturer (M) Sdn Bhd
NSK Trading Sdn Bhd
Tropicana Golf & Country Resort Bhd
KM Precision (N Sdn Bhd)

Orang ramai dijemput untuk hadir dan memeriahkan lagi sambutan yang penuh bermakna ini.

Tuesday, September 20, 2011

STRATEGI MEMBENTUK SIKAP POSITIF

1. Bersangka baik

Asas pembentukan sikap positif adalah bersangka baik. Sikap terbentuk akibat kebiasaan. Anda dikurniakan akal, ingatan, tubuh badan yang sihat dan anggota badan yang lengkap, pancaindera yang cukup dan kalbu yang mahu berjaya. Jangan menghalang diri anda daripada mencapai kejayaan.

2. Jangan banyak alasan

Orang yang bersikap negatif sering berfikir bahawa dirinya tidak semampu orang lain. Mereka sentiasa mencari alasan tentang kebolehan orang lain berjaya dan sebab diri mereka sendiri tidak mampu berjaya. Mereka ini banyak karenah dalam hal menuju kemajuan dan kejayaan.

3. Fikir untuk bertindak

Sentiasalah berfikir bahawa anda perlu memulakan terlebih dahulu, barulah perkara itu selesai. Jangan tunggu perkara jadi sempurna barulah anda mahu bermula.

4. Yakin pada kebolehan sendiri

Keyakinan pada diri sendiri dapat dibentuk dengan persediaan yang cukup. Sesungguhnya, sesiapa yang rajin berusaha pasti berjaya, walau dalam apa-apa bidang sekalipun.

Dipetik dan diolah daripada Siri Motivasi Studi Smart, Malek Muhamar Said, PTS Publication and Distributors, 2005


Kejayaan tidak datang bergolek, semuanya bermula dengan sikap

Saturday, September 17, 2011

"Undilah"



Jalankan tanggungjawab sebagai rakyat, daftarlah sebagai PENGUNDI jika anda mencapai umur 21 tahun.

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia 2011


UBK mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2011 kepada semua warga Malaysia amnya, dan warga sekolah khasnya. Sambutan hari yang mulia ini amat bermakna kepada kita kerana ini menunjukkan tanda ke arah kejayaan Negara kita dalam mencapai kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran. Semoga Negara kita akan terus maju ke depan dan menjadi Negara yang dapat bersaing di arena antarabangsa. SYABAS MALAYSIA!

Wednesday, September 14, 2011

Permohonan Kemasukan Ke Kolej /Sekolah Menengah Teknik/Vokasional 2012


Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Untuk makluman semua, mulai tahun 2012, murid yang memasuki Kolej Vokasional akan mengikuti kursus selama 8 semester(4 tahun) dan akan diberikan Sijil Diploma apabila tamat kursus nanti. Muris-muris ini tidak perlu menduduki peperiksaan SPM. Ini merupakan dasar KPM yang terkini bagi membantu mereka yang lebih cenderung dalam bidang vokasional dan kemahiran. Oleh itu, murid-murid tingkatan 3 yang berminat digesa mengambil tindakan yang sepatutnya dengan kadar segera.

Syarat-syarat Umum:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
  • Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.
Sebarang pertanyaan sila layari www.moe.gov.my atau berjumpa dengan guru kaunseling sekolah untuk mendapatkan keterangan lanjut. Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 13, 2011

Wajib Lulus BI SPM Tahun 2013


Menurut Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin B Yassim, kemungkinan besar Bahasa Inggeris akan disenaraikan sebagai mata pelajaran yang wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia menjelang tahun 2013. Beliau memaklumkan perkara ini semasa hadir ke suaatu majlis.

Menurut beliau, sekiranya KPM mendapatkan tenaga mengajar yang mencukupi, maka dasar ini akan menjadi kenyataan. Beliau juga memaklumkan bahawa keputusan ini diambil selepas mengambil kira cadangan-cadangan pihak yang tertentu, di samping memandangkan Bahasa Inggeris sangat penting untuk masa depan murid.

Justeru, diharap murid yang bakal menghadapi SPM menjelang 2013 dapat bersedia lebih awal agar dapat menempuh cabaran baru ini.

Monday, September 12, 2011

Selamat Hari Pesta Tanglung


UBK mengucapkan Selamat Pest Tanglung kepada semua warga sekolah, terutamanya warga Kaum Cina yang menyambutnya. Semoga hari yang penuh istiadat ini memberi kesejahteraan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian kepada semua.

Wednesday, September 7, 2011

Kursus Pembinaan Blog dan FaceBook

En Abd Aziz menyampaikan cenderahati kepada En Tizamuddin.

En Abd Aziz menyampaikan cenderahati kepada wakil Kolej YPC-iTWEB, Cheras

Pn Norhana menerima cenderahati daripada wakil Kolej YPC-iTWEB
En Tizamuddin memberi tunjuk ajar kepada para guru kaunseling untuk membina blog dan FaceBook.

Suasana ceria dalam Makmal Komputer


Kursus Membina Blog dan FaceBook untuk guru kaunseling sekolah menengah Daerah Gombak telah diadakan pada 7-9-11 di Kolej YPC-iTWEB, Cheras. Kursus ini merupakan program anjuran bersaMA Pejabat Pelajaran Daerah Gombak dan Majlis Guru Kaunseling Daerah Gombak. Para guru kaunseling diberi input dan kemahiran untuk membina blog dan FaceBook Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah masing-masing dengan tujuan perkhidmatan B & K dapat disalurkan melalui kemudahan internet.

Monday, September 5, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2011

UBK mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan kepada semua calon SPM 2011. Semoga anda semua berjaya dengan pencapaian yang cemerlang. Good Luck!

Permohonan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh 2012


Permohonan Ke Tingkatan 4 Seklah Berasrama Penuh kini dibuka kepada semua murid tingkatan 3 yang berhasrat dan berminat.

SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)


Tawaran ini hanya sah sekiranya anda memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan
bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah dan penyakit berjangkit.
3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran
yang ditetapkan.
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh
yang berkaitan.

PERMOHONAN MURID TINGKATAN EMPAT(4)

Syarat Pemilihan

1.Warganegara Malaysia.
2.Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
3.Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
* Sekurang-kurangnya memperoleh Gred A bagi enam (6)mata pelajaran tidak
termasuk mata pelajaran Bahasa Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga seperti Bhs Arab,
Perancis, Jerman, Iban, Jepun, Mandarin, Tamil atau seumpamanya.
* Mesti memperoleh Gred A dalam SAINS dan MATEMATIK.
* Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran yang lain, dan
* Untuk ke tingkatan 4 Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama, calon hendaklah
memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Islam, dan sekurang-kurangnya Gred C bagi
mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi).
* Aktif dalam kokurikulum.

PROSEDUR PERMOHONAN

1. Murid mestilah mengisikan BORANG secara manual bagi memudahkan guru atau ibu bapa
membantu mengisi secara atas talian(online) di alamat: www.moe.gov.my
2. Salinan maklumat permohonan hendaklah diserahkan kepada Pengetua untuk pengesahan
dan dihantar ke PPD Gombak. Permohonan yang tidak disahkan oleh Pengetua tidak akan
diproses.
3. Permohonan dibuka mulai 1hb. September sehingga 10hb.Oktober, 2011.

Sebarang pertanyaan tentang PERMOHONAN boleh merujuk kepada Cik Hing.

Selamat Kembali Ke Sekolah


UBK mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua warga sekolah daripada cuti raya dan cuti sekolah.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...