1. Bersangka baik
Asas pembentukan sikap positif adalah bersangka baik. Sikap terbentuk akibat kebiasaan. Anda dikurniakan akal, ingatan, tubuh badan yang sihat dan anggota badan yang lengkap, pancaindera yang cukup dan kalbu yang mahu berjaya. Jangan menghalang diri anda daripada mencapai kejayaan.
2. Jangan banyak alasan
Orang yang bersikap negatif sering berfikir bahawa dirinya tidak semampu orang lain. Mereka sentiasa mencari alasan tentang kebolehan orang lain berjaya dan sebab diri mereka sendiri tidak mampu berjaya. Mereka ini banyak karenah dalam hal menuju kemajuan dan kejayaan.
3. Fikir untuk bertindak
Sentiasalah berfikir bahawa anda perlu memulakan terlebih dahulu, barulah perkara itu selesai. Jangan tunggu perkara jadi sempurna barulah anda mahu bermula.
4. Yakin pada kebolehan sendiri
Keyakinan pada diri sendiri dapat dibentuk dengan persediaan yang cukup. Sesungguhnya, sesiapa yang rajin berusaha pasti berjaya, walau dalam apa-apa bidang sekalipun.
Dipetik dan diolah daripada Siri Motivasi Studi Smart, Malek Muhamar Said, PTS Publication and Distributors, 2005
No comments:
Post a Comment