Tuesday, September 10, 2013

Semangat VLE - Frog


Tokm guru kami, En nik Mohd Azrul yang pakar ICT





Unit ICT sekolah telah mengadakan Bengkel VLE - Frog pada 3-9-13 (Selasa) bagi memberi pendedahan kepada semua guru tentang pengunaan Chrome Book yang diperuntukkan dari KPM, di samping meningkatkan kemahiran para guru dalam menguruskan VLE - FROG masing-masing.

Bengkel ini diadakan pada 10.30 pagi hingga 12.30 pagi untuk guru Sesi Pagi, sementara guru Sesi Pagi mrngikuti bengkel pada 2.00 petang hingga 4.30 petang. Semua guru yang hadir mengunjukkan minat dan semangat untuk belajar yang tinggi kerana mendapat bimbingan daripada En Nik Mohd Azrul, Juruteknik ICT sekolah yang sangat pakar dalam bidang ICT dan ramah mesra. Diharap selepas ini, guru-guru semua akan aktif dalam menggunakan VLE - FROG, baik untuk pengurusan kerja harian, mahupun untuk Pengajaran dan Pembelajaran.

Monday, August 26, 2013

JasaMu Dikenang !







Majlis Perpisahan untuk beberapa orang guru praktikum telah diadakan sempena Majlis Aidil Fitri tempoh hari. 5 orang guru pelatih dari UM, UIAM telah ditempatkan di SMK Seri Selayang untuk menjalani Latihan mengajar selama 7 minggu. Antaranya Cik Fatin dan Cik Fatimah yang menjalani latihan perkhidmatan B & K, Cik Amira dan Cik Ulfa dalam bidang Pendidikan Islam. Sementara Encik Mukhzani dalam bidang Ekonomi.

UBk mengucapakn SELAMAT MAJU JAYA kepada mereka yang bakal menjadi pendidik satu hari nanti.

Majlis Persaraan Pn Zawiyah








 



Badan Kebajikan Staf (BKS) telah ditugaskan untuk mengadakan Majlis Persaraan untuk Puan Zawiyah yang bersara pada 22-8-13 (Khamis) yang lepas. UBK mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Puan Zawiyah, semoga puan sihat sejahteraan selepas bersara. JASAMU DIKENANG!

Tuesday, July 16, 2013

Pameran Kerjaya 2013





Pameran Kerjaya 2013 telah diadakan pagi tadi dan disertai 10 buah IPTS termasuk MSU, Mahsa Prima College, YPC College, Erican College, Centuria Training Centre, Vision College, Raffles College, Tan Chong CSI, Reliance College dan Saito College.



Murid-murid tingkatan 5 telah diberi peluang untuk melawat ke pameran supaya mereka diberi pendedahan tentang peluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.
 


Para murid telah menunjukkan disiplin dan baik dan minat yang tinggi semasa mengunjung ke pameran. Mereka memberi tumpuan yang tinggi untuk berinteraksi dengan wakil IPTS untuk mendapat maklumat berkaitan dengan kursus-kursus yang diminati.

Setinggi-tinggi penghargaan disampaikan kepada semua IPTS dan murid yang terlibat dalam menjayakan pameran ini.

Monday, April 29, 2013

Majlis Penyerahan Fail Program Mentor Mentee 2013

Majlis Penyerahan Fail Program Mentor Mentee 2013 telah berlangsung pada pagi tadi semasa Perhimpunan Mingguan.

Program Mentor Mentee KPM merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid dengan tujuan untuk membimbing para murid membina perwatakan diri, pembangunan intelek dan pengurusan cara hidup terutama dalam menentukan keutamaan dari segi tugasan dan masa. Program ini melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.



Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih saying dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing mentee menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Kaedah pementoran dilaksanakan secara pendekatan peribadi demi mencetuskan suasana di mana murid berasa mereka diberi perhatian, ada insan yang mengambil berat tentang kebajikan mereka dan mereka mempunyai tempat untuk mengadu. Dengan ini,  jurang komunikasi antara murid dan guru akan dapat dikurangkan dan dengan itu sebarang permasalahan murid akan dapat disampaikan dengan mudah. Bahkan dengan cara demikian pemantauan terhadap murid akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.


Pihak sekolah amat mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan muarid di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan Tuhan.







Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...