Program Mentor Mentee KPM merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid
dengan tujuan untuk membimbing para murid membina perwatakan diri, pembangunan
intelek dan pengurusan cara hidup terutama dalam menentukan keutamaan dari segi
tugasan dan masa. Program ini melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong
dan memberi nasihat.
Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu
(mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi
penghargaan, kasih saying dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat
keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing
mentee menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Kaedah
pementoran dilaksanakan secara pendekatan peribadi demi mencetuskan suasana di
mana murid berasa mereka diberi perhatian, ada insan yang mengambil berat
tentang kebajikan mereka dan mereka mempunyai tempat untuk mengadu. Dengan
ini, jurang komunikasi antara murid dan
guru akan dapat dikurangkan dan dengan itu sebarang permasalahan murid akan
dapat disampaikan dengan mudah. Bahkan dengan cara demikian pemantauan terhadap
murid akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Pihak sekolah amat
mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam meningkatkan pembangunan
sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru
dan muarid di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat
dan sejahtera dalam kalangan murid. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang
diberikan mendapat keberkatan Tuhan.
No comments:
Post a Comment