Thursday, April 26, 2012

SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM & TINGKATAN 6 SESI 2012/2013.

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) melalui internet  boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my  bermula 25 April 2012. Pemohon yang membuat semakan dan  BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan  untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya. Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar. Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan.
Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.
 
Sementara itu, calon-calon SPM juga boleh menyemak SENARAI TAWARAN TINGKATAN ENAM 2012 di laman sesawang yang sama.

Sekian, terima kasih.

Monday, April 16, 2012

Penyerahan Zakat Dari Bank Rakyat

Murid-murid yang menerima zakat bergambar bersama tetamu khas dan pentadbir.

En Amiruddin B Johan, wakil Bank Rakyat Cawangan Selayang menyerahkan cek sumbangan zakat Ban Rakyat kepada En Samsuki B Sudin, Pengetua SMK Seri Selayang

Bank Rakyat Cawangan Selayang menunaikan tanggungjawab komersil dengan menyumbangkan zakat kepada para murid di SMK Seri Selayang. Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Zakat telah berlangsung di tapak perhimpunan SMK Seri Selayang pagi tadi.

En Amiruddin B Johan bagi pihak Bank Rakyat Cawangan Selayang telah menyerahkan cek sumbangan Zakat 2010 kepada En Samsuki B Sudin, selaku Pengetua SMK Seri Selayang telah menerima cek bagi pihak penerima zakat. Sumbangan Bank Rakyat yang berjumlah RM 22.800.00 akan diberikan kepada 228 orang murid yang dikenalpasti layak menerimanya.

Tahun ini merupakan tahun keempat Bank Rakyat memberi sumbangan zakat kepada murid-murid SMEKSES, dan sumbangan ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat Cawangan Selayang yang tidak melepaskan tanggungjawabnya terhadap komuniti setempat.

Saturday, April 14, 2012

Lawatan Ke ASWARA

Gambar beramai-ramai

Penyampaian cenderahati

Melawat ke panggung eksprimen

Taklimat ASWARA

Selangkah ke ASWARA

UBK telah mengadakan Lawatan Kerjaya Ke ASWARA(Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan) pada 22-3-2012 yang lepas. Lawatan ini diketuai Pn Norhana Bt Othman dan diiringi Pn Zarinah. Lawatan ini membuka minda para peserta untuk mengenali ASWARA yang memberi peluang kepada murid yang minat dan berbakat dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Para peserta mendapat banyak input mengenai kursus yang ditawarkan di ASWARA.

Thursday, March 29, 2012

Lawatan Ke TOC

Gambar beramai-ramai




UBK mengadakan Lawatan Ke TOC pada 28-3-2012(Rabu). Seramai 35 orang murid 5E, 5MPV dan 5 Perdagangan telah mengikuti lawatan yang diiringi Cik Hing dan n Wan Norma Bt Wan Daud.

Lawatan kami disambut oleh Pegawai Pemasaran TOC, Pn Munirah. Kami telah diberi taklimat tentang TOC sebelum mengunjung ke bengkel-bengkel kereta di TOC.

Tuesday, March 27, 2012

Pengambilan Perajurit Muda (PTM) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Siri 207/2012


PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA (PTM) LELAKI DAN WANITA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) SIRI 207/2012 DI SELURUH NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA kini dibuka kepada semua belia dan beliawanis yang berminat.

Syarat-syarat pengambilan:

1. KELAYAKAN AKADEMIK.
a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. LAIN-LAIN KELAYAKAN
a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 24 Sep 2012.
b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
c. Berat badan minima 49 kg (Lelaki) 40.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 19 - 26.9 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita).

Cara pengiraan: BMI : ( Berat/kg )
(Tinggi/meter / Tinggi/meter)

d. Ukuran dada biasa 76 sm dan kembang 81 sm (Lelaki sahaja).

e. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta
sesentuh serta tidak rabun warna.

Sila menghubungi TLDM rasmi di alamat berikut untuk keterangan lanjut:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03-20713177/6925
Laman Web: www.navy.mil.my
http://www.navy.mil.my

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...