Monday, August 26, 2013

JasaMu Dikenang !







Majlis Perpisahan untuk beberapa orang guru praktikum telah diadakan sempena Majlis Aidil Fitri tempoh hari. 5 orang guru pelatih dari UM, UIAM telah ditempatkan di SMK Seri Selayang untuk menjalani Latihan mengajar selama 7 minggu. Antaranya Cik Fatin dan Cik Fatimah yang menjalani latihan perkhidmatan B & K, Cik Amira dan Cik Ulfa dalam bidang Pendidikan Islam. Sementara Encik Mukhzani dalam bidang Ekonomi.

UBk mengucapakn SELAMAT MAJU JAYA kepada mereka yang bakal menjadi pendidik satu hari nanti.

Majlis Persaraan Pn Zawiyah








 



Badan Kebajikan Staf (BKS) telah ditugaskan untuk mengadakan Majlis Persaraan untuk Puan Zawiyah yang bersara pada 22-8-13 (Khamis) yang lepas. UBK mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Puan Zawiyah, semoga puan sihat sejahteraan selepas bersara. JASAMU DIKENANG!

Tuesday, July 16, 2013

Pameran Kerjaya 2013





Pameran Kerjaya 2013 telah diadakan pagi tadi dan disertai 10 buah IPTS termasuk MSU, Mahsa Prima College, YPC College, Erican College, Centuria Training Centre, Vision College, Raffles College, Tan Chong CSI, Reliance College dan Saito College.



Murid-murid tingkatan 5 telah diberi peluang untuk melawat ke pameran supaya mereka diberi pendedahan tentang peluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.
 


Para murid telah menunjukkan disiplin dan baik dan minat yang tinggi semasa mengunjung ke pameran. Mereka memberi tumpuan yang tinggi untuk berinteraksi dengan wakil IPTS untuk mendapat maklumat berkaitan dengan kursus-kursus yang diminati.

Setinggi-tinggi penghargaan disampaikan kepada semua IPTS dan murid yang terlibat dalam menjayakan pameran ini.

Monday, April 29, 2013

Majlis Penyerahan Fail Program Mentor Mentee 2013

Majlis Penyerahan Fail Program Mentor Mentee 2013 telah berlangsung pada pagi tadi semasa Perhimpunan Mingguan.

Program Mentor Mentee KPM merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid dengan tujuan untuk membimbing para murid membina perwatakan diri, pembangunan intelek dan pengurusan cara hidup terutama dalam menentukan keutamaan dari segi tugasan dan masa. Program ini melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.



Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih saying dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing mentee menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Kaedah pementoran dilaksanakan secara pendekatan peribadi demi mencetuskan suasana di mana murid berasa mereka diberi perhatian, ada insan yang mengambil berat tentang kebajikan mereka dan mereka mempunyai tempat untuk mengadu. Dengan ini,  jurang komunikasi antara murid dan guru akan dapat dikurangkan dan dengan itu sebarang permasalahan murid akan dapat disampaikan dengan mudah. Bahkan dengan cara demikian pemantauan terhadap murid akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.


Pihak sekolah amat mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan muarid di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan Tuhan.







Monday, April 8, 2013

Lawatan Ke SBPI Gombak

UBK telah menganjurkan Lawatan Ke SBPI Gombak pada 4-4-13(Khamis) yang lepas. Seramai 39 orang murid tingkatan 3KAA dan 3S telah mengikut lawatan ini.


Rombongna kami disambut oleh beberapa orang PRS sekolah tuan rumah sebaik sahaja kami tiba di ruang lobi sekolah. Kami diiringkan ke Bilik APD untuk mengikuti taklimat sekolah yang disampaikan oleh En Mohammad Fuad, Ketua GBKSM sekolah.

Pn Wan Saberina Bt Wan Musa, mantau Pengetua kita yang kini memegang jawatan Pengetua SBPI Gombak juga melapangkan masa untuk menyampaikan kata-kata motivasi kepada para murid.


Selepas sarapan pagi, aktiviti LDK telag dilaksanakan oleh PRS bersama peserta kita sebelum rombongan dibawa melawat ke bilik-bilik khas sekolah. Para peserta dapat melihat dengan mata sendiri  dan merasai suasana dan alam persekolahan di SBPI berbanding dengan sekolah harian. Lawatan ini memberi motivasi dan semangat kepada para peserta untuk berusaha lebih gigih agar mendapatkan kelayakan untuk masuk ke SBPI tahun depan.


Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...