Wednesday, June 27, 2012

Ceramah & Pameran Pendidikan Taiwan

     

JPN Selangor dengan kerjasama Gabungan Pertubuhan Alumni Universiti Taiwan Malaysia telah menganjurkan Ceramah dan Pameran Pembelajaran Di Taiwan pada 27-6-12 bertempat di Persatuan Hokkien Klang. Cik Hing telah membawa 4 orang murid untuk menghadiri program ini. 


Seramat 2400 orang murid tingkatan 4 & 5 dari sekolah-sekolah sekitar Klang dan KL telah membanjiri dewan besar Persatuan Hokkien Klang pada awal pagi. Murid-murid begitu semangat untuk mengikuti ceramah dan pameran. 
 
Selepas ceramah, pameran telah diadakan bagi memberi laluan kepada wakil dari IPTA & IPTS Taiwan untuk memperkenalkan kursus yang ditawarkan  oleh IPT masing-masing. Makanan tengah hari telah disediakan oleh pihak penganjur untuk semua guru pengiring dan murid yang hadir.

Pameran Kerjaya 2012

UBK telah mengadakan Pameran Kerjaya 2012 di Bilik Seminar pada 26-6-12. Program ini diadakan sempena Minggu Kerjaya yang bermula pada 25-6-12.


Sebanyak 6 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta telah menyertai pameran ini, antaranya termasuk:

Saito College
TOC
Mahsa Prima College
President College
Kolej Teknologi YPC iTWEB &
Diploma College

Pameran ini dituju khas kepada murid-murid tingkatan 5, mereka diberi peluang untuk mendapatkan info tentang peluang melanjutkan pelajaran melalui temubual dengan staf IPTS yang hadir.



Monday, June 25, 2012

Hari Koperasi Sekolah 2012

Koperasi SMK Seri Selayang Berhad telah melancarkan Hari Koperasi Sekolah(HKS)pada pagi ini. Majlis disusuli Bacaan Perutusan YAB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi dan Pengerusi Koperasi Kebangsaan. 


HKS dirasmikan oleh En Samsuki Bin Sudin, Pengetua SMKSS dan upacara Menanam Pokok telah disempurnakan oleh beliau di depan surau sekolah.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena HKS 2012, murid-murid yang berminat boleh merujuk kepada guru-guru koperasi untuk maklumat lanjut.


Friday, June 15, 2012


Yayasan pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin / Anak Yatim Nasional (SANTUN) sejak 2006.


Skim ini diperkenalkan sebagai usaha memberikan apresiasi kepada anak-anak di dalam kelompok miskin/ anak yatim yang telah menunjukkan prestasi tersendiri dalam bidang pelajaran, sekaligusnya sebagai langkah untuk melakukan islah terhadap masa depan anak-anak yang terpilih melalui skim ini.

Syarat-syarat menyertai program ini:

a) Calon mestilah warganegara Malaysia.
b) Kecemerlangan Pencapaian Akademik sekurang-kurangnya 8A dalam SPM, ataupun pelajar terbaik
    di parlimen berkenaan.
c) Calon mesti dari kalangan:
    Anak yatim (kematian bapa @ ibu / yatim piatu) 
    Anak Miskin - pendapatan isi rumah RM 2,000.00
d) Keutamaan diberikan kepada pelajar dari sekolah kerajaan dan terbuka kepada semua pelajar 
    terbaik/ cemerlang yang telah menduduki SPM 2011.
e) Calon mestilah seorang pelajar yang berdisiplin tinggi, aktif dalam bidang kokurikulum serta terlibat
   dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah, mukim dan negeri.

Peserta yang terpilih akan mendapat manfaat kewangan dan layak untuk berada di bawah skim ini selama tempoh 6 tahun. Peserta berpeluang mendapat pelbagai pendedahan yang bertujuan untuk memperkasakan masa depan mereka.

Sesiapa yang berminat boleh mendapat Borang Permohonan dengan guru kaunseling sekolah. tarikh tutup ialah 30 Jun, 2012.

Tuesday, June 12, 2012

Selamat Hari Jadi

 Guru dan murid yang diraikan


Sempena Program Amalan Guru Penyayang, AJK Pelaksaan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Jadi untuk guru dan murid yang dilahirkan pada bulan Jun.


 Murid-murid dan guru menyanyikan lagu SELAMAT HARI JADI

Majlis ini diadakan di penghujung Perhimpunan Mingguan awal pagi hari Isnin. Semua guru yang dilahirkan pada bulan Jun dan murid yang dilahirkan pada minggu ke 2 bulan Jun telah diraikan dengan nyanyian lagu SELAMAT HARI JADI secara beramai-ramai oleh semua guru dan murid.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...