Tuesday, July 31, 2012

Pameran Pendidikan Taiwan

 Taklimat Cara & Syarat Permohonan

 Para murid sekolah membanjiri dewan pamaran

 Staf IPTA/S Taiwan memberi penerangan lanjut

Gambar beramai-ramai

UBK telah mengadakan Lawatan ke Pameran Pendidikan Kerjaya Di Taiwan, anjuran Gabungan Pertubuhan Alumni Universtiti Taiwan Di Malaysia yang diadakan pada 27-7-2012 hingga 28-7-2012 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpar.

Ini merupakan lawatan pertama UBK ke pamerana ini berikutan dengan tindakan kerajaan Malaysia mengiktirafkan pendidikan Taiwan dan China baru-baru ini. Sebanyak 78 buah IPTA dan IPTS dari Taiwan telah mengambil bahagian dalam pameran ini untuk mempromosikan kursus-kursus peirngkat diploma serta IJM yang ditawarkan dalam kampus masing-masing.

Para peserta banyak memdapat info pendidikan kerjaya serta cenderahati semasa melawat ke kaunter-kaunter panel pameran.

Tuesday, July 24, 2012

Kibaran Jalur Gemilang








Menjelang bulan patriotik yang disambut mulai 17-7-2012, sekolah telah diserikan dengan kibaran Jalur Gemilang di bangunan pentadbiran, dengan tujuan menyemarakkan lagi suasana Bulan Patriotik di samping memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah semua.

Marilah kita bersama-sama mengkibarkan Jalur Gemilang!!!

Monday, July 23, 2012

Majlis Sambutan Hari Jadi Warga Sekolah (Julai)

Majlis khas untuk menyambut Hari Jadi warga sekolah yang meraikannya pada bulan Julai telah diadakan pada perhimpunan pagi tadi. Program ini merupakan salah satu aktiviti dalam Program Amalan Sekolah Penyayang yang disyorkan oleh KPM.

Warga sekolah termasuk murid arus perdana dan PPKI, serta guru telah dikumpulkan di penghujung perhimpunan pagi. Mereka diraikan dengan nyanyian lagu "SELAMT HARI JADI"  secara beramai-ramai oleh semua warga sekolah yang lain. Semoga semua sihat sejahtera selalu. 

HAPPY BIRTHDAY KEPADA SEMUA YANG DIRAIKAN!!

Monday, July 16, 2012

Kolej Vokasional

  • 78 sekolah vokasional dinaiktaraf ke kolej untuk menghasilkan 13, 000 pekerja berkemahiran dalam jangka masa empat tahun.
  • Kolej-kolej baru ini akan mampu menghasilkan kelayakan diploma melalui program peneraju yang telah bermula tujuh bulan dahulu.
  • Sekolah-sekolah ini menawarkan pendidikan vokasional pada masa kini yang hanya menjadi permulaan untuk pelajar-pelajar melanjutkan pendidikan mereka.
  • Pengarah pendidikan teknikal dan vokasional kementerian, Ahmad Tajudin Jab berkata bahawa kementerian sedang menantikan kerjasama dengan kolej swasta terutamanya dalam bidang berimpak tinggi seperti minyak dan gas, bioteknologi dan tenaga boleh diperbaharui.
  • Kolej-kolej vokasional baru ini akan menerima masuk bekas pelajar PMR mulai tahun depan. Pelajar-pelajar akan membelajari pendidikan vokasional asas sebelum dimasukkan ke bidang khusus seperti kejuruteraan dan seni bina di universiti, kolej dan politeknik.
  • Terdapat juga applikasi untuk membuka sekolah baru di Sarawak, Sabah dan Labuan dan kementerian sedang mengkaji keperluannya sekarang.

Saturday, July 14, 2012

Kembara Di FRIM

Juru pandu 1, En Rosli

UBK telah mengadakan program Kembara Di FRIM untuk Pembimbing Rakan Sebaya. Tujuan program ini ialah memberi peluang kepada para PRS untuk mendekati alam semulajadi yang maha indah dan menakjubkan, di samping mengenali fauna dan flora yang menginap di sekita perhutanan FRIM.

Juru pandu 2, En Syakirin

Kami diiringi 2 orang juru pandu FRIM yang mempunyaiilmu pengetahuan yang amat luas berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi.

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menghayati permandangan indah dengan menaiki Titian Gantung yang setinggi 30 meter dari paras laut.Para peserta berasa seronok dan mencabarkan apabila menaiki titian gantung.
Hutan hujan tropika

Fenomena "wow"

Semua peserta diberi tugasan sepanjang aktiviti menjelajah di dalam hutan agar mereka mendapat maklumat dan mempelajari ilmu yang baru berkaitan dengan kehutanan.

Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Sempena Bulan Kecergasan KPM, Senamrobik 1 Murid 1 Sukan telah diadakan serentak di seluruh negara dan melibatkan 10019 buah sekolah menengah dan rendah dan 3, 600,000 orang murid sekolah.Program ini telah mencipta rekod baru dalam Buku Rekod Guiness Malaysia.

Bagi menghasut saranan KPM, sekolah kita tidak ketinggalan juga untuk mengadakan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan yang melibatkan semua guru dan murid Sesi Pagi dan Petang.




Program dimulakan dengan nyanyian Lagu kebangsaan dan Lagu sekolah. Pn Noor Azwa dan krew sukannya telah mengetuai Senamrobik 1M1S. Tujuan aktiviti ini ialah menyemarakkan semangat kesukanan dan melahirkan generasi muda yang cergas dan cerdas.


Thursday, July 5, 2012

Latihan Kebakaran 1/2012

Latihan Kebakaran kali yang pertama telah berlangsung pada 4-7-12(Rabu) jam 9.00 pagi. Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan dan info berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan apabila berlakunya kebakaran dalam kawasan sekolah.




Pihak Bomba telah dijemput untuk memberi taklimat dan seterusnya membuat demonstrasi memadamkan api. Semua pentadbir, guru, staf sokongan terlibat dalam latihan ini sambnil menyaksikan demonstrasi yangh ditunjukkan oleh beberapa orang pegawai Bomba.

Wednesday, July 4, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my/ atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

Tuesday, July 3, 2012

Ceramah "Penulis Sebagai 1 Kerjaya"

Aktiviti Minggu Kerjaya diteruskan lagi dengan Ceramah "Penulis Sebagai 1 Kerjaya". Ceramah ini diadakan pada 9.30 pagi tadi di Bilik Seminar.





Ceramah ini disampaikan oleh seorang ;lagi alumni(2004) kita, iaitu Cik Nur Fatiha Fadila Bt Abu Bakar atau nama penanya Wardah Munirah, pensyarah ASWARA. Cik Wardah Munirah banyak berkongsi kejayaannya dalam bidang penulisan dan maklumat mengenai laluan menuju ke bidang ini.

Bengkel "Belajar Di Universiti"


 
Aktiviti Minggu Kerjaya telah disusuli dengan Bengkel "Belajar Di Universiti" pada 28-6-12 (Khamis)di Bilik Seminar. Bengkel ini dikendalikan oleh Saudari Kok Shen Nee, alumni SMEKSES 2008 dan rakan pasukan bertugasnya dari Universiti Putra Malaysia.



Bengkel ini diadakan untuk memberi input serta perkongsian pengalaman antara pelajar yang sedang belajar di universiti dengan murid-murid tingkatan 5 yang berimpian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT, baik IPTA, mahu pun ITPS.


Murid-murid juga diberi taklimat tentang Hala Tuju Selepas SPM dan Tips-tips Permohonan UPU. Mereka juga diberi kesempatan untuk mengemukan pertanyaan berkaitan dengan kehidupan belajar di universiti.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...