-
78 sekolah vokasional dinaiktaraf ke kolej untuk menghasilkan 13, 000 pekerja berkemahiran dalam jangka masa empat tahun.
- Kolej-kolej baru ini akan mampu menghasilkan kelayakan diploma melalui program peneraju yang telah bermula tujuh bulan dahulu.
- Sekolah-sekolah ini menawarkan pendidikan vokasional pada
masa kini yang hanya menjadi permulaan untuk pelajar-pelajar melanjutkan
pendidikan mereka.
- Pengarah pendidikan teknikal dan vokasional kementerian, Ahmad
Tajudin Jab berkata bahawa kementerian sedang
menantikan kerjasama dengan kolej swasta terutamanya
dalam bidang berimpak tinggi seperti minyak dan gas, bioteknologi
dan tenaga boleh diperbaharui.
- Kolej-kolej vokasional baru ini akan menerima
masuk bekas pelajar PMR mulai tahun depan. Pelajar-pelajar
akan membelajari pendidikan vokasional asas sebelum dimasukkan
ke bidang khusus seperti kejuruteraan dan seni bina di universiti,
kolej dan politeknik.
- Terdapat juga applikasi untuk membuka sekolah baru di Sarawak, Sabah dan Labuan dan kementerian sedang mengkaji keperluannya sekarang.
Monday, July 16, 2012
Kolej Vokasional
Labels:
Umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment