Thursday, March 8, 2012

Karnival Pendidikan Kerjaya Daerah Gombak 2012


Pejabat Pelajaran Daerah Gombak dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Gombak akan menganjurkan Karnnival Pendidikan Kerjaya di Ruang Legar Tingkat 2, Selayang Mall mulai 9-3-12(Jumaat) ini sehingga 11-3-12(Ahad).

Karnival Pendidikan Kerjaya ini diadakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada para murid menengah tinggi amnya, muria tingkatan 5 & 6 atas khasnya tentang peluang pendidikan yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Semua murid dan ibu bapa dialu-alukan untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi karnival ini. Sempena karnival, taklimat IPTS dan Ceramah kerjaya turut dihidangkan di pentas tingkat bawah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. MGK juga akan menyediakan kaunter untuk memberikan perkhidmatan B & K dengan memfokuskan inventori minat kerjaya.

Karnival akan bermula pada 10.30 pagi hingga 4.oo petang setiap hari. Penyertaan adalah percuma. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI HUJUNG MINGGU INI! JUMPA ANDA DI SANA!

No comments:

Post a Comment

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...