Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...

Rancangan Tahunan Mula Pada Awal Tahun....

Monday, October 10, 2011

"Kerja Sebagai Satu Ibadah"


Add Image
Barisan guru yang menghadiri kursus.

En Radhi dari Perbadan Insuran Deposit Malaysia(PIDM)

En Abdul Hadi Bin Abd Malek, Perunding dari YPEIM.


Kursus Peningkatan Profesionalisme Yang Ke-2 telah didakan pada 8-10-11(Sabtu) di Bilik Seminar, SMK Seri Selayang untuk semua guru. Tajuk kursus ialah "Kerja Sebagai Satu Ibadah". Kursus ini dihadiri semua pentadbir dan guru-guru, kecuali mereka yang urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan. Ceramah ini disampaikan oleh En Abdul Hadi Bin Abd Malek, Perunding dari YPEIM. Menurut beliau, 5 syarat Kerja Sebagai 1 Ibadah adalah seperti berikut:

1. Niat yang ikhlas.
2. Tidak langgar etika, halal dan tiada unsur-unsur haram.
3. Laksanakan kerja dengan betul dan mematuhi ketetapan syarak.
4. Tidak tinggalkkan ibadah asas.
5. Bersyukur kepada Allah di atas kejayaan.

Nasihat ini harus diambil dan diamalkan dalam tugas harian agar kerja kita lebih berkesan dan bermakna buat semua warga sekolah.

Sebelum itu, En Radhi dari Perbadan Insuran Deposit Malaysia(PIDM) telah memberi taklimat berkaitan dengan lindungan wang simpanan di mana-mana bank. Menurut En Radhi, kita harus merancang dan menguruskan kewangan kita dengan bijak, berbelanja secara berhemat, bijak menggunakan kad kredit, membuat bajet bulanan yang efektif dan menabung untuk masa depan .

No comments:

Post a Comment

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Membaca Pelita Ilmu

Lagu Patriotik


Balik Kampung