Tuesday, March 8, 2011

Kursus Perguruan Lepasan SPM 2010


Kursus Perguruan lepasan SPM kini dibuka untuk permohonan.Murid-murid yang berminat sila membuat permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM ambilan Jun 2011.

Program yang ditawarkan ialah
A. Program Ijazah Sarjana Muda(Kepujian)-SK, SJKC dan SJKT
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara(Fizik, Kimia, Biologi, Matematik,Pendidikan Khas,Bahasa Cina)
C. Program Kembar Bahasa Inggeris
D. Program Kembar Bahasa Jerman

Syarat dan Kelayakan Asas:

a) 3 mata pelajaran mendapat cemerlang dan 3 mata pelajaran mendapat kepujian
(BM,Sejarah,satu mata palajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.
b) Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.(Rujuk e-Panduan Permohonan)

Anda boleh membeli PIN di Bank Simpanan Nasional dengan harga RM6.00 dan mengemukakan permohonan secara online.Tarikh tutup ialan 21 Mac 2011, murid-murid yang berminat digesa bertindak segera.

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my untuk maklumat lebih lanjut mulai 7-3-2011.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar,BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU di talian 03-88841260 / 1254/ 1253/ 1371/ 1235

No comments:

Post a Comment

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...