Wednesday, August 29, 2012
Selamat Hari Jadi
Friday, August 17, 2012
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
UBK mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua warga sekolah yang meraikan hari yang mulia ini dan Selamat Bercuti !
Friday, August 10, 2012
Tahniah untuk Pandelela Rinong
Pandelela-Rinong,ratu terjun Malaysia telah memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10m platform di Sukan Olimpik 2012.
Ratu terjun kelahiran Sarawak, Pandelela Rinong tidak menghampakan sandaran yang diletakkan di atas bahunya apabila merangkul pingat gangsa dalam acara akhir 10m platform wanita pada Sukan Olimpik 2012, lewat malam ini.
Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu menceriakan kontinjen Malaysia, tiga hari sebelum temasya Sukan Olimpik melabuhkan tirainya, dengan menghadiahkan pingat kedua negara selepas sebutir perak oleh Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton, Ahad lalu.
Selepas wakil tunggal Heidi Gan memperoleh tempat ke-16 dalam acara renang maraton 10km laut terbuka di Tasik Serpentine di Hyde Park pada sebelah pagi, misi menambah pingat kedua tanpa mengira warna kelihatan mustahil.
Bagaimanapun, Pandelela, yang diberi tanggungjawab membawa bendera Jalur Gemilang pada perarakan kontinjen pada majlis perasmian Sukan Olimpik 2012, berjaya memecah kebuntuan memburu pingat kedua negara.
Dia mengumpul 359.20 mata untuk meraih gangsa di belakang pemenang pingat emas Chen Ruolin dari China dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia.Pencapaian Pandelela itu akhirnya memecah dominasi sukan badminton yang sebelum ini menyumbangkan dua pingat perak dan dua gangsa, sejak Malaysia pertama kali menyertai temasya sukan terbesar dunia, bermula di Melbourne pada 1956.
Kejayaan Pandelela ini juga, sehingga kini, menyamai pencapaian kontinjen negara daripada edisi 1996 Atlanta, Amerika Syarikat, yang membawa pulang satu pingat perak dan satu pingat gangsa.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada ratu terjun negara.

Tuesday, August 7, 2012
You Are Our Hero!
"Its the second time I''ve disappointed the expectations of Malaysians. I did my best but Lin Dan " Dato Lee Chong Wei.
"Datuk Lee Chong Wei may have lost in the men''s singles final but he showed true fighting spirit and a high level of commitment" said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
"The Cabinet should honour badminton ace Datuk Lee Chong Wei as “Sportsperson of the Decade” for uniting Malaysians of all colours and creeds despite failing to capture the Olympic gold for Malaysia at the London games yesterday, " the DAP’s Lim Kit Siang said today.
Begitulah luahan pendapat Dato Lee Chng Wei, YAM Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan tokoh politik selepas Perlawanan Lelaki Perseorangan Sukan Olimpik yang diadakan di London baru-baru ini.
Dato Lee telah menunjukkan kesungguhannya dan kegigihan untuk menghadapi cabaran pemain China, Lin Dan yang hebat. Kita harus memberi penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga kepada pemain nombor 1 negara kita yang dapat menunjukkan semangat kesukanan yang begitu tinggi dan mengkagumkan.
Semangat kesukanan, kesungguhan dan kegigihan yang ditunjukkan oleh Dato Lee harus dijadikan contoh kepada semua rakyat Malaysia amnya dalam menghadapi sebarang cabaran hidup, dan ahli sukan khasnya dalam mencipta rekod sejarah sukan negara pada masa akan datang.
SYABAS, TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA DATO LEE CHONG WEI, YOU ARE OUR HERO!

Tuesday, July 31, 2012
Pameran Pendidikan Taiwan
Taklimat Cara & Syarat Permohonan
Para murid sekolah membanjiri dewan pamaran
Staf IPTA/S Taiwan memberi penerangan lanjut
Gambar beramai-ramai
UBK telah mengadakan Lawatan ke Pameran Pendidikan Kerjaya Di Taiwan, anjuran Gabungan Pertubuhan Alumni Universtiti Taiwan Di Malaysia yang diadakan pada 27-7-2012 hingga 28-7-2012 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpar.
Ini merupakan lawatan pertama UBK ke pamerana ini berikutan dengan tindakan kerajaan Malaysia mengiktirafkan pendidikan Taiwan dan China baru-baru ini. Sebanyak 78 buah IPTA dan IPTS dari Taiwan telah mengambil bahagian dalam pameran ini untuk mempromosikan kursus-kursus peirngkat diploma serta IJM yang ditawarkan dalam kampus masing-masing.
Para peserta banyak memdapat info pendidikan kerjaya serta cenderahati semasa melawat ke kaunter-kaunter panel pameran.
Subscribe to:
Posts (Atom)