Friday, July 31, 2015

Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017

Semua murid Tingkatan 5 yang mengambil subjek Sains tulen dan Perakaunan boleh memohon ke Program Matrikulasi dengan mengikut prosedur seperti berikut:




Pautan laman web bagi permohonan ke program Matrikulasi KPM:


Monday, March 31, 2014

Murid Cemerlang Dalam Bowling


Nur Syazwani Sahar, murid 3KAA dari SMK Seri Selayang, seorang pemain Bowling yang telah menunjukkan bakatnya dan mencatatkan kemenangannya dalam MSSS dan MSSM. Berikut adalah kemenangan cemerlang yang dicapainya setakat ini:

1. Kejohanan Sukan MSSS 2014
    a) Perseorangan P15  ----- Johan
    b) Beregu P15 ------------ Johan
    c) All Evento P15 --------- Johan
    d) Masters P15 ----------- Johan


2. Kejohanan Sukan MSSM
    a) Perseorangan P15  ----- Johan
    b) Beregu P15 ------------ Johan (Berjaya memecah rekod 2012)
    c) All Evento P15 --------- Johan (Berjaya memecah rekod 2011)
    d) Masters P15 ----------- Naib Johan
    e) Berpasukan P15 ------- Johan

Nur Syazwani juga berjaya memenangi Piala Iringan P5 Johan kategori perempuan.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga dapat mengekalkan kehandalannya dan membantu mengharumi nama baik sekolah, negeri dan negara pada masa akan datang.


Wednesday, March 5, 2014

Mengenali POLITEKNIK KPM

PENGENALAN

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik 

pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada 

tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai 

pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-

1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan 

(1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta menambah program 

pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, 

perdagangan dan perkhidmatan. 

Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri 

pada 20 November 2009 telah menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No. 

871/2670/2009 dan bersetuju dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan 

empat teras berikut :
  • Memperkasa Politeknik kearah menjadi pilihan yang setanding dengan university awam yang lain;
  • Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap Politeknik;
  • Memperkasa warga Politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi; dan
  • Membina imej bereputasi tinggi dan budaya kerja yang cemerlang.

Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian 

Tinggi No. 198/2685/2010 dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik Metro d

dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.


Program Yang Ditawarkan Di Politeknik dan Syarat Memohonh

Sila rujuk laman sesawang berikut:

http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp?pg=program&kat=d


Thursday, November 14, 2013

Visi & Misi Baru KPM

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.


Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...