Tuesday, April 5, 2011

Ceramah Kerjaya Hospitality



Ceramah Kerjaya berkaitan dengan kerjaya Hospitality telah disusulkan sempena hari pelancanran MBK. Ceramah ini disampaikan oleh En Mohd Akmal dari PTPL/MSU. Isi kandungan ceramah amat menarik perhatian murid kerana ini merupakan kali pertama kerjaya HOSPITALITY diperkenalkan kepada para murid.

Majlis Pelancaran Minggu Bimbingan dan Kaunseling 2011




Majlis Pelancaran Minggu Bimbingan dan Kaunseling 2011 telah dijalankan pada 4-4-11(Isnin). Majlis Pelancaran diadakan serentak bersama Majlis Pelancaran Bulan Bahasa. Majlis ini disempurnakan oleh Pn Nooruslaini Bt Mohd, Penolong Kanan SMEKSES yang mewakili Pengetua yang tidak dapat hadir pada hari ini kerana ada tugas rasmi di tempat lain. Sempena dengan MB, semua guru telah dihadiahkan buah epal sebagai tanda penghargaan UBK kerana guru-guru yang telah banyak memberi kerjasama kepada UBK dalam menjayakan semua aktiviti UBK selama ini.

Saturday, April 2, 2011

Apples' Day




Jualan Epal telah melandakan warga sekolah mulai 25-3-2011 yang lepas ini. Apples' Day merupakan aktiviti tahunan sempena Minggu Bimbingan dan Kaunseling. Pembimbing Rakan Sebaya dikumpulkan untuk memproses epal untuk diedarkan berdasarkan tempahan. Pengedaran epal kepada penerima akan bermula Isnin depan.

Para PRS memberi respon yang sangat menggalakkan terhadap Jualan Epal. PRS yang mendapat tempahan paling banyak akan diberi hadiah sebagai tanda penghargaan ke atas usaha mereka. Jualan Epal mendapat sambutan yang sangat memerangsangkan setiap tahun. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi sokongan.

Ceramah Kerjaya




Ceramah Kerjaya berkaitan dengan Keselamatan Jalanrayan, Alam Sekitar dan Kerjaya Otomotif telah diadakan pada 1-4-2011(Jumaat)yang lepas. En Waiky Foo dari TOC telah memberkan penekanan kepada ketiga-tiga topik tersebut dengan murid kelas 5 Perdagangan, 5 Perdana, 5 Ekonomi dan 5 Waja.

Lawatan Ke TOC






UBK telah mengadakan lawatan ke The Otomotif College(TOC)pada 30-3-2011(Rabu)sempena Minggu Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 76 orang murid Tingkatan 5 telah menyertai lawatan ini.

Mdm Eddie Rajen telah memberi takliomat kepada kami tentang Kerjaya Otomotif dan kami telah dibawa untuk mengunjung ke bengkel-bengkel TOC. Lawatan in merupakan satu pengalaman yang amat bermakna buat para peserta.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...