Monday, March 31, 2014
Murid Cemerlang Dalam Bowling
Nur Syazwani Sahar, murid 3KAA dari SMK Seri Selayang, seorang pemain Bowling yang telah menunjukkan bakatnya dan mencatatkan kemenangannya dalam MSSS dan MSSM. Berikut adalah kemenangan cemerlang yang dicapainya setakat ini:
1. Kejohanan Sukan MSSS 2014
a) Perseorangan P15 ----- Johan
b) Beregu P15 ------------ Johan
c) All Evento P15 --------- Johan
d) Masters P15 ----------- Johan
2. Kejohanan Sukan MSSM
a) Perseorangan P15 ----- Johan
b) Beregu P15 ------------ Johan (Berjaya memecah rekod 2012)
c) All Evento P15 --------- Johan (Berjaya memecah rekod 2011)
d) Masters P15 ----------- Naib Johan
e) Berpasukan P15 ------- Johan
Nur Syazwani juga berjaya memenangi Piala Iringan P5 Johan kategori perempuan.
Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga dapat mengekalkan kehandalannya dan membantu mengharumi nama baik sekolah, negeri dan negara pada masa akan datang.
Wednesday, March 5, 2014
Mengenali POLITEKNIK KPM
PENGENALAN
Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknikpertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada
tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai
pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-
1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan
(1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta menambah program
pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan,
perdagangan dan perkhidmatan.
Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri
pada 20 November 2009 telah menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No.
871/2670/2009 dan bersetuju dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan
empat teras berikut :
- Memperkasa Politeknik kearah menjadi pilihan yang setanding dengan university awam yang lain;
- Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap Politeknik;
- Memperkasa warga Politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi; dan
- Membina imej bereputasi tinggi dan budaya kerja yang cemerlang.
Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian
Tinggi No. 198/2685/2010 dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik Metro d
dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.
Program Yang Ditawarkan Di Politeknik dan Syarat Memohonh
Sila rujuk laman sesawang berikut:
http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp?pg=program&kat=d
Subscribe to:
Posts (Atom)