Monday, January 30, 2012

Permohonan Kemasukan ke IPTA & ILK 2012/2013 Fasa 2


Sebelum memohon:

  • Pastikan anda telah mempunyai nombor Unik ID [ SLIP BSN ]
  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
    [ PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN ]
  • Pastikan anda membaca setiap manual pengguna bagi pengisian borang permohonan.
    [ MANUAL PENGGUNA ]
  • Sila kenalpasti Kategori Anda
    Kategori
    Keterangan
    Kategori A
    Pemohon Lepasan SPM 2011
    Kategori B
    Pemohon Lepasan SPM tahun 2010 atau 2009
    Kategori C
    Pemohon Lepasan SPM tahun 2008 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA
    Kategori D
    Pemohon menggunakan keputusan
    SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau,
    SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau,
    SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011.
  • Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih [ KLIK DI SINI ]
  • Calon yang telah mengemukakan permohonan pada Fasa 1 WAJIB mengemukakan PERMOHONAN FASA 2.
  • Calon yang telah LUPA KATA LALUAN yang telah diisi semasa Fasa 1 boleh mengisi kata laluan baru di menu PERMOHONAN .


Semasa mengemukakan permohonan:
  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda.
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
  • Anda WAJIB memasukkan SALAH SATU MAKLUMAT bagi ruangan yang bertanda (**)
  • Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
  • Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

Selepas memohon:

  • Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  • KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda dilaman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.
Semua mmurid lepasan yang berminat diminta mengambil tindakan segera, sekian.

Monday, January 23, 2012

Selamat Tahun Baru Cina


UBK mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua warga sekolah yang meraikannya. Semoga tahun Naga memberi kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kita semua. UBK juga mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua warga sekolah, semoga anda berhati-hati di jalan raya.

Friday, January 20, 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBPI 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi kini boleh disemak di laman sesawang rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat:

http://apps.moe.gov.my/sbpt4/semakansst4_2012/

Murid yang tidak berjaya boleh membuat rayuan melalui e-rayuan di laman sesawang KPM yang tersebut di atas. TARIKH TUTUP rayuan permohonan: 7 Februari 2012, harap maklum.

Monday, January 16, 2012

Majlis Minum Petang Alumni SMK Seri Selayang

Semua bekas pelajar (alumuni) dan guru SMK Seri Selayang dialu-alukan untuk menghadiri majlis minum petang pada 3 Mac 2012. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga sekolah sekarang dengan alumuni di samping dapat mengikuti perkembangan insan-insan cemerlang pernah belajar / bekerja di SMK Seri Selayang.
Diharap semua alumni SMEKSES dapat menyebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan sekelas dulu agar dapat hadir bersama secara beramai-ramai.....



Sunday, January 15, 2012

Taklimat Khas Pengawas 2012

Taklimat Spesifikasi Tugas Pengawas

Ucapan Perasmian

Nyanyian Lagu Rasmi

Pendaftaran
Program Taklimat Khas Pengawas merupakan aktiviti pertama UBK anjuran bersama Lembaga Pengawas Sekolah. Taklimat khas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pengawas amnya berkaitan dengan tatacara pengacara majlis perhimpunan rasmi sekolah, di samping memberi taklimat tentang spesifikasi tugas pengawas. Diharap semua pengawas dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan bertanggungjawab.

Thursday, January 12, 2012

Mesyuarat Agung Kokurikulum 2012






Unit Kokurikulum telah mengadakan Mesyuarat Agung Sukan & Permainan, Unit Beruniform serta Kelab & Persatuan tiga hari berturut-turut. Semua murid diwajibkan untuk menyertai setiap kategori.

Mesyuarat Agung diadakan untuk membolehkan guru-guru penasihat berjumpa dengan ahli-ahli masing-masing, di samping melantik AJK baru bagi tahun 2012. Guru penasihat dan ahli-ahli turut membincangkan aktiviti tahunan bagi unit dan kelab masing-masing.

Monday, January 9, 2012

Majlis Perlantikan Pengawas 2012



Add ImageAshok Kumar mengetuai Bacaan Ikrar Pengawas




Majlis Perlantikan Ketua & Penolong Ketua Pengawas telah diadakan pada pagi tadi.

Saudara Ashok Kumar telah dilantik sebagai Ketua Pengawas, dan dibantui 2 orang Penolong, iaitu Saudari Wong Wai Chin dan Saudara Aznil. Majlis ini disusuli dengan upacara Bacaan Ikrar oleh barisan pengawas Sesi Pagi. Semoga para pengawas dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan bertanggungjawab.

Thursday, January 5, 2012

Selamat Kembali Ke Pangkuan Sekolah

4-1-2012(Isnin) merupakan hari penting buat warga sekolah kerana hari ini kita telah kembali ke sekolah selepas cuti panjang akhir tahun.

Perhimpunan rasmi telah diadakan bagi menyambut kembalinya semua warga sekolah ke pangkuan sekolah. Semoga kita berazam baru dalam tahun yang baru ini demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012

Best wishes from UBK for all of you in year 2012 with:

New aim +
New achievement+
New dream+
New idea+
New thinking+
New ambition=

NEW LIFE + SUCCESS

HAPPY NEW YEAR 2012!!!

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...