Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



UBK mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga sekolah. Semoga hari yang mulia ini memberi kesihatan, keharmonian dan kebahagian kepada semua yang meraikannya.

Sunday, August 21, 2011

Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Dis 2011


Permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi Disember 2011 boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (ON-LINE) sahaja dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my mulai 8 Ogos 2011.

Untuk mengakses e-Borang, pemohon mesti mengisi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

Pemohon diminta membeli nombor PIN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran seperi berikut:

Kategori Pemohon
Harga No. PIN Catatan
Lulusan SPM

RM 10.60

No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 16XXXX

Lulusan Sijil/Diploma Politeknik, lulusan Sijil Kolej Komuniti, lulusan Kolej Matrikulasi KPM

RM 6.00

No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 41XXXX



Pemohon perlu mengemukakan MyKad semasa membeli nombor PIN di BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.

Sila pastikan slip pembayaran BSN dicetak dengan nombor kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat enam (6) digit nombor PIN setelah pembayaran dibuat.

Calon yang tidak berjaya atau calon yang berjaya tetapi tidak mendaftar bagi sesi sebelum ini, perlu memohon semula jika masih berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik KPT.

Permohonan akan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.

Keputusan permohonan boleh diketahui pada Rabu, 26 Oktober 2011.

Sunday, August 14, 2011

Persediaan Peperiksaan Untuk Semua Murid

Peperiksaan Percubaan PMR, Ujian Bulan Ogos bakal diadakan minggu ini. Beberapa panduan disalurkan kepada semua murid yang akan menghadapi peperiksaan. Se,oga anda berjaya dalam peperiksaan:

Sehari Sebelum Peperiksaan:


-Bertenang (emosi yang stabil)
-Pemakanan yang sihat dan berkhasiat-pastikan diri anda sihat dalam musim peperiksaan
-Lihat Nota- buku buku teks
-Jadual Peperiksaan - tandakan
-Kad Pengenalan- pastikan ada
-Alat tulis - pastikan lengkap
-Sembahynag hajat-mohon restu Allah@tuhan
-Sokongan moral dari keluarga
-Persediaan mental yang mantap
-Tidur @ rehat yang cukup

Hari Peperiksaan

-Bangun awal pagi
-Sarapan yang seimbang
-Pastikan maklumat peperiksaan lengkap
-Datang awal ke dalam dewam peperiksaan
-Tiada lagi perbincangan tentasng pelajaran
-Doa-mohon ketenangan dan kejayaan
-Masuk ke dewan dengan berdisiplin dan tenang
-Peristiwa luar jangka - nombor telefon:
* Sekolah
* Guru
* Setiausaha Peperiksaan

Dalam Dewan Peperiksaan

-Berdoa- mohon ketenangan dan keyakinan
-Dengar arahan Ketua Pengawas dengan teliti
-Baca semua soalan sepintas lalu
-Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu
-Pastikan jawapan yang anda pilih
-Cetuskan idea-idea penting sebagai jawapan
-Catat idea pada kertas soalan
-Sentiasa semak baki masa yang ada
-Semak jawapan anda. Pastikan jawapan anda:
* Tepat dan padat
* Teersusun dan kemas
-Jika tertekan (stress)
* Banyakkan instighfar
* Tarik nafas
* Bertenang
* Bayangkan suasana yang nyaman
_Jika masih tertekan, minta bantuan pengawas peperiksaan

Selepas Peperiksaan

-Elakkan perbincangan tentang jawapan
-Balik dengan senang hati. jangan fikirkan apa yang telah anda jawab
-Ulangkaji matapelajaran yang seterusnya
-Tunaikan solat bagi murid Islam dan sembahyang mengikut agama masing-masing bagi
yang bukan Islma
-Berdoa
-Bertawakal

SEMOGA ANDA BERJAYA!

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA AHLI PRS

KEPADA semua ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Seri Selayang, sila kemas kini rekod bimbingan dalam Buku Rekod Aktiviti PRS. Penghantaran buku kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah selewat-lewatnya pada 09 September 2011, bersamaan hari Jumaat.

Tuesday, August 9, 2011

Program Skor A SPM & PMR 2011



Program Skor A SPM & PMR anjuran Majlis Guru Kaunseling Daerah Gombak telah diadakan pada 26-7-11 dan 28-7-11 di Kolej Universiti SEGi, Kota Damansara. Seramai 4 orang murid dari 5 Perdagangan dan 4 orang murid 3E telah menyertai program ini.

Program ini ditaja oleh Kolej Universiti SEGi dan Perfection Academy. Program dimulaikan dengan slot motivasi yang disampaikan oleh Encik Christopher Chia dan disusuli Teknik Menjawab Soalan BM. Matematik, BI dan Sejarah. Program ini bermual pada 8.30 pagi dan tamat pada 5.00 petang.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2011


UBK mengucapkan SELAMAT MENYAMBUAT BULAN RAMADHAN 2011 kepada semua warga sekolah yang beragama Islam. Semoga bulan yang mulis ini membawa berkat kepada yang meraihkannya.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...