Monday, February 28, 2011

Kursus Asas PRS 2011




Kursus Asas PRS 2011 telah diadakan pada 26-2-2011(Sabtu)di BIlik Seminar. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada para PRS di samping memberi kemahiran asas kepada para PRS agar mereka dapat memainkan peranan sebagai pembimbing kepada rakan sebaya di sekolah.

Kursus ini dikendali oleh Cik Norhana dan Cik Hing. Kursus dimulakan dengan aktiviti "Ice Breaking" untuk membina hubungan mesra dalam kalangan PRS yang berbilang kaum dan berlainan tingkatan. Ceramah Pengenalan Mengenai PRS disampaikan oleh Cik Hing untuk meningkatkan pemahaman terhadap PRS. Ujian Personaliti Warna diberikan kepada semua PRS agar mereka lebih memahami personaliti masing-masing.

Ceramah Kemahiran Asas PRS disampaikan oleh Cik Norhana selepas rehat. Kerja-kerja amali juga diadakan supaya para PRS lebih menghayati input yang disalurkan sepanjang kursus.

Kursus bertamat pada 1.00 tengah hari.

Friday, February 25, 2011

Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan SPM 2011






Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan SPM telah dijalankan mulai 21-2-2011 (Isnin) untuk murid-murid Tingkatan 4 & 5. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan semangat belajar dan teknik menjawab soalan dalam kalangan murid-murid Ting 4 & 5 sebelum menghadapi Ujian Bulan Mac.

Program ini mendapatkan sumbangan tenaga penceramah dari beberapa pusat tuisyen yang berdekatan dengan sekolah kita. Mereka memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini tanpa sebarang bayaran.

Program ini dijalankan sepanjang 2 minggu dan akan berakhir pada 4-3-2011.

Thursday, February 24, 2011

Majlis Pelancaran Program NILAM 2011




Majlis Pelancaran Program NILAM telah diadakan pada 21-2-2011(Isnin)di tapak perhimpunan pagi. Program NILAM merupakan program KPM bertujuan untuk menggalakkan para warga pendidikan banyak membaca. Majlis ini dilancarkan oleh En Samsuki B Sudin, Pengetua SMK Seri Selayang. Sempena dengan majlis pelancaran, Anugerah Pembaca Yang Baik telah diberkan kepada murid-murid yang rajin membaca.

Lawatan Ke Kolej TPM






Seramai 16 orang murid tingkatan 4 & 5 telah mengikuti Lawatan Ke Kolej TPM(Techonogy Park Malaysia) pada 22-2-2011(Selasa). Mereka terdiri daripada murid anak yatim terpilih. Program ini dianjurkan oleh YATIM untuk membantu anak-anak yatim melibatkan sekolah kita dan sekolah jiran kita.

Taklimat kerjaya mengenai Kolej TPM telah disampaikan kepada semua murid. Kita telah dibawa untuk melawat ke bengkel-bengkel kejuruteraan untuk lebih mengenali kolej ini.

Friday, February 11, 2011

Temuduga PRS





Sesi temuduga PRS telah diadakan pada 1.10tenghari di BIlik Seminar hari ini. Sesi temuduga ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti murid yang berpotensi untuk dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Sesi dihadiri oleh semua calon PRS dan dikendalikan oleh Pn Norhana Bt Othman dan Cik Hing.

Sesi bermula dengan ujian bertulis, di mana murid-murid dikehendaki menjawab Soal Selidik. Selepas itu, sesi temuduga dijalankan untuk menguji kefasihan bahasa masing-masing, serta kecergasan minda dalam menjawab soalan-soalan lisan yang berkaitan dengan hal peribadi calon.

Sesi temuduga telah berakhir pada pukul 2.00 petang.

Program Motivasi Tingkatan 3




Program Motivasi Tingkatan 3 telah diadakan pada 10-2-11 (Khamis)untuk memberi input kepada murid-murid berkaitan dengan tips-tips persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Ceramah ini disampaikan oleh En Jamil B Ghapor Khan, Guru Cemerlang KHB. Program ini diadakan di dewan sekolah pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah dapat membantu murid-murid demi meningkatkan prestasi mereka.

Tuesday, February 1, 2011

Selamat Tahun Baru Cina


UBK mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua warga SMEKSES terutamanya kaum Cina. Semoga Tahun Arnab membawa kebahagiaan, keharmonian, dan kesihatan kepada kita semua.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...