Saturday, January 29, 2011
Taklimat Khas Pengawas 2011
Taklimat Pengacara Majlis
Taklimat Speksifikasi Tugas Pengawas
Taklimat HEM
Ucapan Perasmian Pengetua
Pendaftaran peserta
Taklimat Khas Pengawas 2011 telah diadakan pada 29-1-2011(Sabtu)untuk memberi taklimat dan latihan khas kepada para pengawas dalam menjalankan tugas sebagai Pengacara Majlis semasa mengendalikan perhimpunan rasmi sekolah.
Thursday, January 27, 2011
Program Maju Diri 2011
Program Maju Diri 2011 telah dijalankan mulai 4-1-2011 bagi Sesi Pagi menerusi waktu kelas ganti, sementara PMD Sesi Petang dijalankan mengikut jadual.
Objektif PMD diadakan untuk membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan alam persekolahan yang baru. Semoga PMD dapat memberi manfaat kepada semua murid.
Wednesday, January 26, 2011
The Honda Dreams Fund Scholarship Programme
Honda Malaysia Sdn Bhd menawarkan program biasiswa "The Honda Dreams Fund Scholarship Programme" untuk remaja yang berumur 17 hngga 24 tahun. Program ini bertujuan membantu remaja untuk mencapai impian mereka dan merealisasikan potensi mereka. Sesiapa yang berminat boleh melayari laman web rasminya di alamat: www.honda.com.my atau menghubungi Lim Ben Winn di talian 03 7718 9223.
Tawaran Biasiswa Kecil Telekom Malaysia 2011
Yayasan Telekom Malaysia mempelawa murid-murid yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia 2011. Tawaran ini terbuka kepada semua murid di Tingkatan 1 dan 4 di semua sekolah bantuan penuh kerajaan.
Calon Tingkatan 1 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5A dalam UPSR 2010 bagi mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu 1
b) Bahasa Melayu 2
c) Bahasa Inggeris
d) Matematik
e) Sains
Calon Tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A dalam PMR 2010 bagi mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Inggeris
c) Matematik
d) Sains
e) KHB/ Geografi / Sejarah
dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum, mempunyai pendapatan kasar sekeluarga tidak melebihi RM 1500.00 sebulan.
Pakej Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a) Elaun poket RM1000.00 setahun (calon tingkatan 1 hingga 3)
b) Elaun poket RM1500.00 setahun (calon tingkatan 4 hingga 5)
Calon yang ditaja juga akan berpeluang untuk mengikuti program pembangunan yang dianjurkan oleh Yayasan TM.
Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM di alamat:
http://ytm.tm.com.my
Tarikh tutup adalah pada 18 FEBRUARI 2011. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada guru kaunseling anda.
Monday, January 24, 2011
Program Bergerak MAPAN
Program Bergerak MAPAN "Hati ke Hati" Sekolah Menengah Seluruh Negara Peringkat Daerah Gombak telah diadakan pada 21-1-2011(Jumaat) di SMK Bandar Baru Sungai Buloh. Program ini dikendalikan oleh Majlis Pemangkin Nasional(MAPAN)bersama PPD Gombak. SMEKSES telah menghantar 7 orang murid dari tingkatan 2, 3 dan 4 untuk menyertai program ini dan diiringi guru-guru kaunseling.
Program ini diadakan untuk melahirkan komuniti murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa, guru dan masyarakat. Ia juga merupakan satu saluran untuk tindakan susulan, dalam usaha membendung gejala disiplin di kalangan murid. Program ini dianggap sebagai program integrasi antara komuniti sekolah dan anggota masyarakat.
Tuesday, January 18, 2011
Selamat Hari Thaipusam 2011
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar[1] dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.[2] Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
UBK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI THAIPUSAM kepada semua warga SMEKSES yang beragama Hindu.
Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2011
Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2011 telah dijalankan pagi tadi untuk pelantikan ahli jawatankuasa baru. Pelantikan AJK ini bertujuan untuk menggerakkan kerja-kerja persediaan rumah sukan masing-masing demi berhadapan dengan Kejohanan Olahraga Tahunan yang bakal diadakan pada bulan Jun.
Monday, January 17, 2011
Majlis Pelantikan & Bacaan Ikrar Pengawas 2011
Majlis Pelantikan & Bacaan Ikrar Pengawas 2011 telah dijalankan sempena Perhimpunan Mingguan pagi tadi.
Saudara Mohd Sauffi B Umar telah dilantik sebagai Ketua Pengawas 2011, sementara Saudari Manju Sri dan Saudari Noriza Alia telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas 1 & Penolong Ketua Pengawas 2.
Bacaan Ikrar telah dilafazkan oleh barisan pengawas yang dilantik untuk sesi 2011 dengan diketuai Saudara Mohd Sauufi B Umar. Para pengawas berjanji akan berkhidmat dengan penuh semangat bagi membantu meningkatkan disiplin dalam kalangan murid-murid.
Harapan sekolah agar semua pengawas yang dilantik dapat memberi kerjasama dan menunjukkan mutu perkhidmatan yang tinggi demi meningkatkan prestasi murid, baik dari segi akdemik, mahupun dari segi disiplin.
Wednesday, January 12, 2011
Mesyuarat Agung Kokurikulum 2011
Mesyuarat Agung Kokurikulum 2011 telah diadakan mulai 11-1-11(Selasa)selepas perhimpunan pagi di sekitar tapak perhimpunan. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform serta Sukan dan Permainan.
Mesyuarat Agung Kelab dan Permainan telah diadakan pada 11-1-11, Mesyuarat Agung Unit Beruniform pula diadakan pada 12-1-11. Sementara Mesyuarat Agung Sukan dan Permainan akan diadakan pada 13-1-11.
Tujuan mengadakan Mesyuarat Agung adalah untuk pelantikan AJK baru bagi tahun 2011, di samping merancang aktiviti-aktiviti tahunan. Setiap murid diwajibkan untuk menyertai ketiga-tiga jenis kokurikulum tersebut, terutamanya sukan dan permainan. Ini secocok dengan saranan KPM yang berbunyi"1 student 1 sport".
Monday, January 3, 2011
Selamat Kembali Ke Sekolah 2011
Persekolahan tahun baru 2011 bermula hari ini, iaitu 3-1-2011(Isnin).
UBK mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua warga SMEKSES yang dapat menghadirkan diri ke sekolah awal pagi hari ini. Perhimpunan rasmi buat hari persekolahan pertama telah diadakan bagi mengalu-alukan kehadiran semua warga SMEKSES.UBK ditugaskan untuk menguruskan pengagihan kelas bagi murid-murid tngkatan 4.
Menjelang tahun yang baharu, diharapkan kita semua mempunyai cita-cita dan azam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Saturday, January 1, 2011
Selamat Tahun Baru 2011
Menjelang tahun baru 2011, UBK mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua warga SMEKSES.Yang lalu biar jadi sejarah, yang penting ialah masa akan datang,semoga kita semua menghargai apa yang dikurnai Tuhan dan mempunyai azam baru buat tahun baru ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)