Friday, November 19, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan SPM 2010





UBK mengucapkan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM 2010 kepada semua calon SPM SMK Seri Selayang.Semoga anda mencapai kecemerlangan.

Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Haji



UBK mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga sekolah yang menyambut hari yang mulia ini.

Thursday, November 11, 2010

"Exclusive School Scholarship"





ALFA College menawarkan biasiswa dengan skim "Exclusive School Scholarship" kepada murid-murid lepasan SPM 2010.

Program yang ditawarkan di bawah skim ini adalah seperti berikut:

1) Diploma in Architecture
2) Diploma in Interior Architecture
3) Diploma in Psychology
4) Diploma in Graphic Design
5) Diploma in Multimedia Design
6) Diploma in Early Childhood

Murid-muirid lepasan SPM yang mendapat 6 kredit dan ke atas dalam SPM dan aktif dalam kokuriikulum layak untuk memohon biasiswa ini. Sesiapa yang berminat boleh berjumpa dengan guru kaunseling untuk keterangan lanjut atau melayari website ALFA College di alamat: www.alfa.edu.my

Tuesday, November 9, 2010

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Pengajian Lepasan SPM Peringkat Diploma 2011/2012


Permohonan Kemasukan Ke IPTA Pengajian Lepasan SPM Peringkat Diploma 2011/2012 kini dimuka untuk permohonan secara online. Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan keterangan di laman web rasmi KPM di alamat: http://upu.mohe.gov.my atau merujuk kepada guru kaunseling.

Career & Futher Studies Counseling


Program"Career & Futher Studies Counseling" ditujukan khas untuk bakal calon SPM yang masih kurang jelas dengan hala tuju selepas SPM. Program ini diadakan di YES Academy, bertentangan dengan KLCC setiap Selasa dan Khamis jam 3.30pm hingga 5.50pm secara percuma.

Program ini disampaikan oleh Mr Allen Fo dari Allrounders Caring Advisor (ACA). Anda boleh menaiki LRT ke KLCC untuk sampai ke YES Academy. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada guru kaunseling anda.

Thursday, November 4, 2010

Selamat Hari Deepavali



UBK mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua warga sekolah kaun India yang menyambutkan hari yang mulia ini. Ubk juga mengucapkan Selamat Balik Kampung dan Selamat Kembali kepada semua warga sekolah.

Wednesday, November 3, 2010

Kunjungan GBKSM Ke UBK






Guu-guru BKSM yang menghadiri Taklimat e-L4 telah dijemput untuk berkunjung ke Bilik Bimbingan & Kaunseling dan Taman Bimbingan & Kaunseling. Para GBKSM sempat bertukar pendapat berkaitan dengan keceriaan bilik, perkhidmatan B&K di samping berbual-bual tentang bidang tugas.

Tuesday, November 2, 2010

Taklimat e-L4 Bimbingan & Kaunselingn Daerah Gombak





Taklimat e-L4 Bimbingan & Kaunseling Sekolah Rendah & Menengah Daerah Gombak telah diadakan di Bilik Mesyuarat sekolah kita pada 1-11-10 (Isnin). Taklimat ini diadakan untuk memberi taklimat berkenaan pelaporan e-L4 B & K 2010.

Taklimat ini dipengerusikan oelh En Abdul Aziz Bin Ismail, Penolong PPD BK & Kerjaya Murid (Sekolah Menengah), dan dihadiri semua guru bimbingan sekolah rendah dan guru kaunseling sekolah menengah.

Taklimat tentang e-L4 disampaikan oleh En Heerman , JU Kaunseling Negeri.

Sepintas Lalu Program Selepas PMR 2010






Program selepas PMR telah dijalankan mulai 14-10-10. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk mengisi masa lapang murid selepas PMR, di samping memberi input berkaitan dengan persediaan untuk tingakatan 4 nanti.

Murid tingkatan yang hadir ke sekolah amat tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...