Thursday, September 30, 2010

Persediaan Akhir Untuk Menghadapi Peperiksaan PMR 2010




Sehari sebelum Peperiksaan:

-Bertenang (emosi yang stabil)
-Pemakanan yang sihat dan berkhasiat-pastikan diri anda sihat dalam musim peperiksaan
-Lihat Nota- buku buku teks
-Jadual Peperiksaan - tandakan
-Kad Pengenalan- pastikan ada
-Alat tulis - pastikan lengkap
-Sembahynag hajat-mohon restu Allah@tuhan
-Sokongan moral dari keluarga
-Persediaan mental yang mantap
-Tidur @ rehat yang cukup

Hari Peperiksaan

-Bangun awal pagi
-Sarapan yang seimbang
-Pastikan maklumat peperiksaan lengkap
-Datang awal ke dalam dewam peperiksaan
-Tiada lagi perbincangan tentang pelajaran
-Doa-mohon ketenangan dan kejayaan
-Masuk ke dewan dengan berdisiplin dan tenang
-Peristiwa luar jangka - nombor telefon:
* Sekolah
* Guru
* Setiausaha Peperiksaan

Dalam Dewan Peperiksaan

-Berdoa- mohon ketenangan dan keyakinan
-Dengar arahan Ketua Pengawas dengan teliti
-Baca semua soalan sepintas lalu
-Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu
-Pastikan jawapan yang anda pilih
-Cetuskan idea-idea penting sebagai jawapan
-Catat idea pada kertas soalan
-Sentiasa semak baki masa yang ada
-Semak jawapan anda. Pastikan jawapan anda:
* Tepat dan padat
* Tersusun dan kemas
-Jika tertekan (stress)
* Banyakkan instirehat
* Tarik nafas
* Bertenang
* Bayangkan suasana yang nyaman
_Jika masih tertekan, minta bantuan pengawas peperiksaan

Selepas Peperiksaan

-Elakkan perbincangan tentang jawapan
-Balik dengan senang hati. jangan fikirkan apa yang telah anda jawab
-Ulangkaji matapelajaran yang seterusnya
-Tunaikan solat bagi murid Islam dan sembahyang mengikut agama masing-masing bagi
yang bukan Islam
-Berdoa
-Bertawakal

SEMOPGA ANDA BERJAYA!

Thursday, September 23, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2010





Murid-murid tingkatan 5 memulakan perjuangan mereka dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2010 mulai hari ini, iaitu 23-9-2010 (Khamis). UBK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENDUDUK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010. Semoga anda semua dapat memperolehi pencapaian yang mengkagumkan.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hara Raya Aidil Fitri



UBK mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, maaf zahir dan batin kepada semua warga sekolah yang meraikannya.

Sunday, September 5, 2010

Lawatan Ke BookFest@Malaysia 2010








UBK dengan kerjasama Persatuan Bahasa Cina telah mengadakan Lawatan ke BookFest@Malaysia 2010 pada 4-9-2010(Sabtu). Lawatan ini disertai 27orang murid Tingkatan 1 hingga 5.BookFest@Malaysia 2010 diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Apabila kami tiba di KLCC, didapati dewan pameran telah dibanjiri orang ramai walaupun masih awal pagi. Buku-buku , alat-alat tulis, CD, VCD dan DVD dapat menarik hati para pengunjung.

Murid-murid yang menyertai lawatan diberi masa 5 jam untuk bergerak bebas dalam dewan pameran supaya mereka dapat membuat lawatan mengikuti permintaan masing-masing.

Lawatan ini tamat pada 3.30 petang.

Selamat Bercuti!

Cuti pertengahan semester 2 telah bermula hari ini. UBK mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua warga sekolah. Semoga kita semua dapat berehat buat seketika setelah bekerja keras hampir 3 bulan. Jumpa lagi!

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...