Tuesday, July 20, 2010
Program Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS Peringkat Daerah Gombak
Program Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS Peringkat Daerah Gombak telah diadakan di Auditorium Besar Hospital Selayang pada 20-7-2010(Selasa). Program ini adalah program anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Gombak dan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.Matlamat mengadakan program adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang cara-cara HIV dijangkiti dan langkah-langkah pencegahannya. 3 orang murid tingkatan 4 telah mewakili SMEKSES untuk menghadiri program ini, mereka terdiri daripada saudara Mohd Saufi, saudari Kok Shen Chen (4PA) dan saudari Tan Sze Ying (4 Seni).
Tuesday, July 6, 2010
Permohonan Program Matrikulasi KPM 2011/2012
Permohonan Program Matrikulasi 2011/2012 Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka kepada semua murid sekolah menengah mulai 1 Julai 2010 hingga 10 Oktober 2010. Permohonan boelh bibuat melalui internet dengan Nombor Pengenalan Individu(NPI) yang boleh didapati di Bank Simpanan nasional dengan harga RM6.00
Murid-murid boleh melayari laman web rasmi KPM di www.moe.gov.my untuk matlamat lanjut. Murid-murid juga boleh berjumpa dengan Cik Hing, kaunselor pelajar bertugas untuk keterangan lanjut.
Sunday, July 4, 2010
Karnival PIBG 2010
Coral Speaking
Citra warna
Acara Tarik Tali
Tarian 1 Malaysia
Bazar Jualan
Karnival dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Gombak
Karniaval PIBG telah diadakan pada 3-1-2010(Sabtu). Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi dana PIBG. Antara aktiviti-aktiviti yang disusun atur termasuklah Bazar Jualan, karnival sukan, pameran PPDa, cabutan bertuah, persembahan tarian, coral speaking, persembahan citra warna dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)