Sunday, January 10, 2010

Program Maju Diri


Program Maju Diri (PMD) merupakan aktiviti tahunan pada awal tahun. Program ini dijalankan untuk semua tingkatan, iaitu Peralihan hingga Tingkatan 5.

Matlamat PMD adalah seperti berkut:

1.1 Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, mantap dan berkeyakinan dari aspek fizikal,emosi dan mental.

1.2 Memberi pendedahan awal kepada murid, terutamanya Tingkatan 4 tentang pakej mata pelajaran serta kepentingan mata pelajaran elektif.

1.3 Memberi pendedahan awal kepada murid Tingkatan 3 & 5 yang bakal menghadapi peperiksaan awam untuk memupuk budaya belajar yang sihat, seterusnya membuat persediaan awal.

1.4 Memberi pendedahan awal kepada murid, terutamanya murid Tingkatan Peralihan,dan Tingkatan 1 untuk menghadapi persekitaran pembelajaran yang baru dan seterusnya memupuk budaya belajar yang sihat.

1.5 Membantu para pendidik mengenal potensi diri murid dan dapat membimbing mereka secara berterusan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Sementara objektifnya ialah:

2.1 Murid dapat beramah mesra dan berkenalan antara satu sama lain.

2.2 Memberi dan menyemai keyakinan diri murid untuk terus maju dan cemerlang.

2.3 Murid akan lebih rasional dalam menghadapi realiti kehidupan sekarang dan akan datang.

PMD Ting 3 hingga 5 dijalankan pada waktu kelas ganti, sementara Peralihan hingga Ting 2 dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Harapan kami, PMD dapat membantu murid dalam meningkatkan prestasi diri dalam semua aspek.

Selamat Kembali Ke Sekolah


Salam 1 Malaysia!

Persekolahan tahun 2010 telah pun bermula pada 4-1-10.

Semua warga SMEKSES dialu-alukan dengan hujan renyai pada pagi yang mulia tersebut. Perhimpunan pagi sempat diadakan sebelum murid diarahkan maik ke kelas. Pengelasan murid tingkatan 3 terus dibuat agar murid selepas PMR dapat melanjutkan pelajaran mengikut pilihan masing-masing berdasarkan keputusan PMR 2009. Guru B&K diamanahkan untuk menyelesaikan kerja-kerja pengkelasan.

Aktiviti harian UBK disusuli Program Maju Diri (PMD) Tingkatan 4 bagi memberi penerangan tentang kepentingan pakej mata pelajaran yang ditawarkan oleh pihak sekolah.

UBK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada semua warga SMEKSES, semoga kita semua mempunyai azam baru buat tahun baru untuk maju ke depan.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...