Friday, October 14, 2011

Aktiviti Program Selepas PMR (1)




Bengkel Rekaan Jahitan Pakaian

Taklimat Seni Reka Tanda


Pemulangan Buku Teks
Urusan di Kaunter SPBT

Program Selepas PMR dimulakan dengan aktiviti pemulangan Buku SPBT dan Taklimat Pakej Mata Pelajaran Ting 4, Seni Reka Tanda dan Rekaan Jahitan Pakaian.

Wednesday, October 12, 2011

Good Luck & All The Best!


UBK Mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun kepada semua murid Tingkatan Peralihan, 1,2 dan 4. Peperiksaan ini merupakan penilaian terakhir sebelum menutup tirai persekolahan 2011.

Pencapaian dalam peperiksaan penting untuk menilai dapatan para murid sepanjang tahun ini, Semoga anda berjaya dan GOOD LUCK & ALL THE BEST!

Monday, October 10, 2011

"Kerja Sebagai Satu Ibadah"


Add Image
Barisan guru yang menghadiri kursus.

En Radhi dari Perbadan Insuran Deposit Malaysia(PIDM)

En Abdul Hadi Bin Abd Malek, Perunding dari YPEIM.


Kursus Peningkatan Profesionalisme Yang Ke-2 telah didakan pada 8-10-11(Sabtu) di Bilik Seminar, SMK Seri Selayang untuk semua guru. Tajuk kursus ialah "Kerja Sebagai Satu Ibadah". Kursus ini dihadiri semua pentadbir dan guru-guru, kecuali mereka yang urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan. Ceramah ini disampaikan oleh En Abdul Hadi Bin Abd Malek, Perunding dari YPEIM. Menurut beliau, 5 syarat Kerja Sebagai 1 Ibadah adalah seperti berikut:

1. Niat yang ikhlas.
2. Tidak langgar etika, halal dan tiada unsur-unsur haram.
3. Laksanakan kerja dengan betul dan mematuhi ketetapan syarak.
4. Tidak tinggalkkan ibadah asas.
5. Bersyukur kepada Allah di atas kejayaan.

Nasihat ini harus diambil dan diamalkan dalam tugas harian agar kerja kita lebih berkesan dan bermakna buat semua warga sekolah.

Sebelum itu, En Radhi dari Perbadan Insuran Deposit Malaysia(PIDM) telah memberi taklimat berkaitan dengan lindungan wang simpanan di mana-mana bank. Menurut En Radhi, kita harus merancang dan menguruskan kewangan kita dengan bijak, berbelanja secara berhemat, bijak menggunakan kad kredit, membuat bajet bulanan yang efektif dan menabung untuk masa depan .

Friday, October 7, 2011

Program Selepas PMR 2011




Program Selepas PMR 2011 akan bermula pada 13hb. Oktober, 2011 sebaik sahaja tamat Peperiksaan PMR. Banyak aktiviti telah dirancang untuk mengisi masa lapang murid PMR agar mereka terus minat untuk datang ke sekolah. Para guru dan murid boleh merujuk kepada jadual yang terpapar di atas untuk mengenalpasti aktiviti yang bakal diadakan dari semasa ke semasa. Sebarang keterangan lanjut boleh merujuk kepada Pn Hjh Norhana Bt Othman, selaku Penyelaras prgoram.

Monday, October 3, 2011

Karnival Merekayasa Perkhidmatan B & K SM Negeri Selangor2011

Kaunselor Muda

Pameran Bilik B & K


Pembinaan FaceBook

Karnival Merekayasa Perkhidmatan B & K Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di SM Vakosional, Sungai Buloh pasa 3-10-11 (Isnin) jam 9.00 pagi. Semua PPD dari seluruh Selangor telah menyertai karnival ini.

Sempena dengan karnival, pameran kerjaya, pameran Bilik B & K dan simulasi Penerbangan juga diadakan untuk memeriahkan lagi karnival ini. Tuan Abdullah B Mat Yunus, Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor telah merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah. Para Pengetua SMK turut menghadirkan diri dalam Upacara Penutupan.

Daerah Gombak telah memenangi Tempat Ke-4 dalam acara Pembinaan Blog dan Naib Johan dalam acaraKaunselor Muda. Syabas dan tahniah diucapkan.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...