Wednesday, October 19, 2011

Permohonan Ke IKBN 2012

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan telah membuka permohonan memasuki IKBN di seluruh negara bagi pengambilan sesi Januari 2012.

IKBN

Pengambilan IKBN bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan. Manakala bagi pengambilan sesi Julai dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU.

Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

Bidang Pengajian

* Teknologi Mekanikal
* Teknologi Automotif
* Teknologi Awam
* Teknologi Elektrik
* Teknologi Elektronik
* Teknologi Tekstil
* Teknologi Marin
* Teknologi Makanan
* Teknologi Fotografi
* Teknologi Maklumat
* Teknologi Personal
* Teknologi Sukan

Syarat Umum

* Warganegara Malaysia
* Boleh membaca dan menulis
* Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
* Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
* Belum berkahwin atau bujang
* Sihat tubuh badan
* Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
* Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
* Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
* Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
* Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Kemudahan

* Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
* Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
* Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Lokasi IKBN

* IKBN Sepang, Selangor
* IKBN Dusun Tua, Selangor
* IKBN Pertak, Selangor
* IKBN Seri Iskandar, Perak
* IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinang
* IKBN Alor Gajah, Melaka
* IKBN Miri, Sarawak
* IKBN Kinarut, Sabah
* IKBN Pekan, Pahang
* IKBN Nala, Kedah
* IKBN Jitra, Kedah
* IKBN Kuala Perlis, Perlis
* IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
* IKBN Bachok, Kelantan
* IKBN Chembong, Negeri Sembilan
* IKBN Pagoh, Johor
* IKBN Kemasik, Terengganu
* IKBN Kuala Langat, Selangor
* IKBN Temerloh, Pahang
* IKBN Bandar Penawar, Johor

Permohonan

* Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Online Permohonan Kemasukan ke IKBN.
* Sila rujuk Iklan IKBN untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bidang kursus, sijil dan tahap, tempoh kursus, pusat IKBN yang menawarkan kursus, kelayakan akademik dan sinopsis kursus sebelum membuat permohonan.
* Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 2 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya.
* Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN.
* Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga).
* Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan tidak termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu.

Tarikh Tutup

* Permohonan kemasukan ke IKBN sesi Januri 2012 ini ditutup pada 25 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan

* Keputusan permohonan ke IKBN sesi Januari 2012 ini dijangka boleh disemak mulai 1 Disember 2011.
* Sila semak keputusan permohonan di Semakam Keputusan Permohonan IKBN Sesi Januari 2012.
* Pemohon boleh ditempatkan di mana-mana IKBN seluruh Malaysia

Maklumat

* Pemohon dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam sebelum tarikh tutup permohonan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
* Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan atau laman web utama KBS untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
* Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2010 dan Januari 2011 untuk lebih maklumat.
* Di samping itu sebarang pertanyaan boleh juga dibuat dengan menghubungi talian berikut 03-8871 3682/ 3513/ 3680/ 3685/ 3651.

Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012

Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengendalikan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pengambilan pelajar baru MRSM adalah untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja.

Maktab Rendah Sains MARA

Permohonan Tingkatan 1 MRSM

Permohonan Tingkatan 4 MRSM

Tarikh Tutup: 20-10-2011


Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan kemasukan ke MRSM sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19 & 20, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur atau telefon 03-26134509/ 03-26134513 atau faks 03-26911658.

Tuesday, October 18, 2011

Aktiviti Program Selepas PMR (2)




Pn Norsham Bt Mohammed memberi ceramah tentang kursus-kursus Teknik dan Vokasional



Murid-murid beraksi di gelanggang dan padang

Karnival Permaina merupakan aktiviti utama Program Selepas PMR dalam minggu yang kedua ini. Murid-murid melibatkan diri dalam permainan Bola Jaring, Futsal, Bola Tampar, Sepak Takraw dan sebagainya.

Ceramah Kemahiran dan Ceramah Permohonan Ke Sekolah Teknik dan Vakasional diadakan selepas rehat. Pn Norsham Bt Mohammed dari SM Vokasional Sungai Buloh telah dijemput untuk memberi taklimat selanjutnya tentang kursus-kursus yang ditawarkan di sekolah-sekolah
Teknik dan Vokasional. Sementara Ceramah Kemahiran disampaikan oleh En Azri dari Institut Kemahiran Mastura dari Rawang.

Monday, October 17, 2011

Program Pemuafakatan IPD Gombak Bersama Sekolah-sekolah

Tuan Abd Rahim Bin Abdullah memberi ucapan dalam perhimpunan
sempena lawatan beliau ke sekolah kita
Kontijen IPD Gombak yang hadir bersama dalam program
Murid-murid memberi tumpuan dengan ucapan Tuan IPD Gombak

Tuan Abdul Rahim Bin Abdullah beramah mesra dengan para murid.

Sekolah kita telah didatangi Ketua Polis Daerah Gombak, Tuan Abd Rahim Bin Abdullah bersama kontijen bawahannya sempena Program Pemuafakatan IPD Gombak Bersama Sekolah-sekolah Daerah Gombak.

Tuan Abd Rahim telah memberi ucapan di Perhimpunan Mingguan kita. Beliau memberi khidmat nasihat kepada para murid agar lebih memberi tumpuan dalam pelajaran dan menjauhkan diri dari gejala sosial, terutamanya kes-kes jenayah. Beliau menyampaikan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kejadian kes-kes jenayah di negara, khasnya di Daerah Gombak. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi ruang kepada IPD Gombak untuk menyampaikan maklumat kepada para murid.

Tuan Ketua Polis Gombak juga sempat beramah mesra dengan murid-murid selepas perhimpuanan.

Friday, October 14, 2011

Aktiviti Program Selepas PMR (1)




Bengkel Rekaan Jahitan Pakaian

Taklimat Seni Reka Tanda


Pemulangan Buku Teks
Urusan di Kaunter SPBT

Program Selepas PMR dimulakan dengan aktiviti pemulangan Buku SPBT dan Taklimat Pakej Mata Pelajaran Ting 4, Seni Reka Tanda dan Rekaan Jahitan Pakaian.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...