Tuesday, August 18, 2015

Majlis Penyerahan Button Badge kepada The Champion SPM 2015

Pada 10 Ogos 2015, telah berlangsung Majlis Penyerahan Button Badge kepada 41 orang The Champion SPM 2015. Dengan pemakaian button badge The Champion ini diharapkan memberi perangsang kepada murid-murid terpilih untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Button badge The Champion SPM 2015

Antara murid-murid The Champion SPM 2015 yang menerima button badge daripada Pengetua:























The Champion SPM 2015 bergambar bersama-sama dengan Puan Jamaliah (Pengetua) dan Puan Norhana (Guru Kaunseling)
bagi murid-murid yang tidak terpilih, anda semua tetap masih berpotensi untuk mencapai kecemerlangan yang sama. Yang penting anda semua harus berusaha dengan gigih kerana kecemerlangan itu milik mutlak mereka yang sentiasa berusaha serta berdoa.

* lawati juga Facebook UBK untuk sebarang informasi terkini berkenaan SMK Seri Selayang.

Saturday, August 15, 2015

Sambutan Hari Lahir Warga SMEKSES

Sambutan hari lahir putera puteri dan guru-guru SMEKSES (bagi bulan April, Mei dan Jun) telah diadakan pada 18 Mei 2015 di tapak perhimpunan.
Wakil murid dan guru yang diraikan telah dijemput ke pentas bagi acara potong kek. Sebelum itu, warga SMEKSES bersama sama menyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir".
Yang Dipertua PIBG, Encik Wan Zulkifli juga hadir sama bagi memeriahkan majlis ini.






Friday, July 31, 2015

Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017

Semua murid Tingkatan 5 yang mengambil subjek Sains tulen dan Perakaunan boleh memohon ke Program Matrikulasi dengan mengikut prosedur seperti berikut:




Pautan laman web bagi permohonan ke program Matrikulasi KPM:


Monday, March 31, 2014

Murid Cemerlang Dalam Bowling


Nur Syazwani Sahar, murid 3KAA dari SMK Seri Selayang, seorang pemain Bowling yang telah menunjukkan bakatnya dan mencatatkan kemenangannya dalam MSSS dan MSSM. Berikut adalah kemenangan cemerlang yang dicapainya setakat ini:

1. Kejohanan Sukan MSSS 2014
    a) Perseorangan P15  ----- Johan
    b) Beregu P15 ------------ Johan
    c) All Evento P15 --------- Johan
    d) Masters P15 ----------- Johan


2. Kejohanan Sukan MSSM
    a) Perseorangan P15  ----- Johan
    b) Beregu P15 ------------ Johan (Berjaya memecah rekod 2012)
    c) All Evento P15 --------- Johan (Berjaya memecah rekod 2011)
    d) Masters P15 ----------- Naib Johan
    e) Berpasukan P15 ------- Johan

Nur Syazwani juga berjaya memenangi Piala Iringan P5 Johan kategori perempuan.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga dapat mengekalkan kehandalannya dan membantu mengharumi nama baik sekolah, negeri dan negara pada masa akan datang.


Wednesday, March 5, 2014

Mengenali POLITEKNIK KPM

PENGENALAN

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik 

pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada 

tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai 

pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-

1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan 

(1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta menambah program 

pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, 

perdagangan dan perkhidmatan. 

Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri 

pada 20 November 2009 telah menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No. 

871/2670/2009 dan bersetuju dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan 

empat teras berikut :
  • Memperkasa Politeknik kearah menjadi pilihan yang setanding dengan university awam yang lain;
  • Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap Politeknik;
  • Memperkasa warga Politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi; dan
  • Membina imej bereputasi tinggi dan budaya kerja yang cemerlang.

Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian 

Tinggi No. 198/2685/2010 dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik Metro d

dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.


Program Yang Ditawarkan Di Politeknik dan Syarat Memohonh

Sila rujuk laman sesawang berikut:

http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp?pg=program&kat=d


Thursday, November 14, 2013

Visi & Misi Baru KPM

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.


Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Tuesday, September 10, 2013

Semangat VLE - Frog


Tokm guru kami, En nik Mohd Azrul yang pakar ICT





Unit ICT sekolah telah mengadakan Bengkel VLE - Frog pada 3-9-13 (Selasa) bagi memberi pendedahan kepada semua guru tentang pengunaan Chrome Book yang diperuntukkan dari KPM, di samping meningkatkan kemahiran para guru dalam menguruskan VLE - FROG masing-masing.

Bengkel ini diadakan pada 10.30 pagi hingga 12.30 pagi untuk guru Sesi Pagi, sementara guru Sesi Pagi mrngikuti bengkel pada 2.00 petang hingga 4.30 petang. Semua guru yang hadir mengunjukkan minat dan semangat untuk belajar yang tinggi kerana mendapat bimbingan daripada En Nik Mohd Azrul, Juruteknik ICT sekolah yang sangat pakar dalam bidang ICT dan ramah mesra. Diharap selepas ini, guru-guru semua akan aktif dalam menggunakan VLE - FROG, baik untuk pengurusan kerja harian, mahupun untuk Pengajaran dan Pembelajaran.

Monday, August 26, 2013

JasaMu Dikenang !







Majlis Perpisahan untuk beberapa orang guru praktikum telah diadakan sempena Majlis Aidil Fitri tempoh hari. 5 orang guru pelatih dari UM, UIAM telah ditempatkan di SMK Seri Selayang untuk menjalani Latihan mengajar selama 7 minggu. Antaranya Cik Fatin dan Cik Fatimah yang menjalani latihan perkhidmatan B & K, Cik Amira dan Cik Ulfa dalam bidang Pendidikan Islam. Sementara Encik Mukhzani dalam bidang Ekonomi.

UBk mengucapakn SELAMAT MAJU JAYA kepada mereka yang bakal menjadi pendidik satu hari nanti.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...