Wednesday, October 31, 2012

Biasiswa International Baccalaureate(IB)Diploma


Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur kini menawarkan dua biasiswa Biasiswa International Baccalaureate(IB)Diploma bagi ppengambilan Bulan Ogos 2013 untuk murid warganegara Malaysia yang akan menduduki SPM 2012. Program ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah ditawarkan semenjak 2002.

Kesemua penerima biasiswa IB yang lalu telah menunjukkan prestasi yang amat baik dalam pprogram dua tahun itu. Kebanyakan mereka telah memasuki universiti berprestij di seluruh dunia malah ada yang memilih untuk meneruskan pembelajaran di universiti tempatan.

Murid-murid tingkatan 5 yang berminat boleh berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Sekian, terima kasih!

Saturday, October 20, 2012

Bakal Usahawan Negara Akan Datang








PRS telah mengambil bahagian dalam Karnival Usahawan Muda 2012 dengan mengadakan jualan. Gerai PRS dibuka pada awal pagi sebelum 7.30 untuk membuat persiapan. PRS telah merancang sebelum itu agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar. PRS tingkatan 4 diberi tugas untuk membuat jualan air panas, air cendol dan sandwich.

Semua PRS tingkatan 4 yang terlibat telah memberi komitmen yang amat menggalakkan dan akhirnya kami berjaya menghabiskan air cendol dan sandwich.

Syabas dan tahniah kepada semua PRS yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti. Anda semua menunjukkan kebolehan untuk menceburi dalam bidang keusahawanan dan cikgu yakin anda semua berpotensi untuk menjadi usahawan negara pada masa akan datang.

Wednesday, October 17, 2012

Ceramah KV dan SM Teknik








Ceramah Kolej Vokasional & SM Teknik telah membuka tirai Program Selepas PMR 2012. Program ini diadakan pada 8.00 pagi di Bilik Seminar dan dihadiri 118 orang murid Tingkatan 3. Ceramah disampaikan oleh Pn Norsham Binti Mohammed, Guru B & K dari SM Vokasional Sungai Buloh.

Pn Norsham memberi taklimat yang sangat informatif berkaitan dengan konsep baru Kolej Voaksional yang akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2013 supaya para murid memahaminya dan dapat mengambil tindakan yang sepatutnya selepas ini.

Monday, October 15, 2012

Karnival Usahawan Muda & Kokurikulum 2012

Karnival Usahawan Muda & Kokurikulum akan diadakan pada 20-10-12 (Sabtu)ini pada 7.30 pagi hingga 2.00 petang. orang ramai,ibubapa, penjaga dan semua warga sekolah SMK Seri Selayang dan komuniti tempatan dijemput untuk hadir ke sekolah untuk sama-sama kita memeriahkan dan menjayakan karnival ini.

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk jualan makanan/alat keperluan harian/pakaian dan sebagainya, pameran, permainan, rumah hantu dan banyak lagi yang pasti menghiburkan semua pengunjung.

Kunjungi karnival ini beramai-ramai demi menjayakannya!


Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...