Thursday, March 29, 2012

Lawatan Ke TOC

Gambar beramai-ramai




UBK mengadakan Lawatan Ke TOC pada 28-3-2012(Rabu). Seramai 35 orang murid 5E, 5MPV dan 5 Perdagangan telah mengikuti lawatan yang diiringi Cik Hing dan n Wan Norma Bt Wan Daud.

Lawatan kami disambut oleh Pegawai Pemasaran TOC, Pn Munirah. Kami telah diberi taklimat tentang TOC sebelum mengunjung ke bengkel-bengkel kereta di TOC.

Tuesday, March 27, 2012

Pengambilan Perajurit Muda (PTM) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Siri 207/2012


PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA (PTM) LELAKI DAN WANITA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) SIRI 207/2012 DI SELURUH NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA kini dibuka kepada semua belia dan beliawanis yang berminat.

Syarat-syarat pengambilan:

1. KELAYAKAN AKADEMIK.
a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. LAIN-LAIN KELAYAKAN
a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 24 Sep 2012.
b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
c. Berat badan minima 49 kg (Lelaki) 40.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 19 - 26.9 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita).

Cara pengiraan: BMI : ( Berat/kg )
(Tinggi/meter / Tinggi/meter)

d. Ukuran dada biasa 76 sm dan kembang 81 sm (Lelaki sahaja).

e. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta
sesentuh serta tidak rabun warna.

Sila menghubungi TLDM rasmi di alamat berikut untuk keterangan lanjut:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03-20713177/6925
Laman Web: www.navy.mil.my
http://www.navy.mil.my

Ceramah Kemahiran Belajar & Peta Minda

Pn Rozimah Bt Rozali

Cik Hing menyampaikan cenderamata untuk penceramah, Cik Siti Mariam Bt Rosli

Murid-murid memberi tumpuan dalam ceramah



Cik Mariam

Ceramah Kemahiran Belajar & Peta Minda telah diadakan pada 27-3-12 dan melibatkan kelas 4S, 4PA, 4E, 4RJP, 4SRT, 5E, dan 5MPV. Ceramah telah bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada 1.10 tgh.

Penceramah jemputan dari PTPL, Ampang telah berkongsi ilmu Kemahiran Belajar dan Teknik Membuat Nota Peta Minda. Banyak input telah disampaikan oleh kedua-dua penceramah.

Aktiviti ini diadakan sempurna Minggu B & K 2012 yang bermula pada 26-3-2012. Sebelum itu, UBK telah mengadakan lawatan ke TAR College(20-3-12) dan Aswara(22-3-12).

Sunday, March 25, 2012

Kursus Kepimpinan Pengawas & PRS 2012

Ceramah Motivasi
Latihan Dalam Kumpulan

Rumusan

UBK dengan kerjasama Lembaga Pengawas telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengawas & PRS pada 24-1-12(Sabtu) di Bilik Seminar. Kursus ini merupakan salah satu aktiviti sempena Minggu Bimbingan dan Kaunseling yang akan bermula pada 26-3-12.

Kursus ini dikendalikan oleh 3 orang fasilitator dari Kolej PTPL, Ampang. Kursus ini disusuli dengan ceramah motivasi, LDK dan Ais Breaking. Para ppeserta telah menunjukkan komitmen yang sagant menggalakkan. Semoga input yang diberi dapat membantu para peserta untuk memupuk semanagt bekerjasama dan melatih kemahiran kepimpinan.

Tuesday, March 20, 2012

Lawatan Ke TAR College

Ceramah kerjaya
Cyber Centre
Dapur
Kolam Renang
Barisan peserta
Taklimat kolej

UBK mengadakan lawatan Ke TAR College, Kuala Lumpur pada 20-3-2012 (Selasa). Seramai 25 orang murid tingkatan 5S dan 5E telah menyertai lawatan ini. Romobongan kami disambut oleh pegawai bertugas dari TAR College, Cik Lily dan Cik Sophia.

Lawatan kami disusuli dengan taklimat kolej. ceramah kerjaya dan lawatan kemudahan fizikal TAR College.

Aktiviti ini telah membuka tirai Minggu Bimbingan & Kaunseling 2012.

Sunday, March 18, 2012

SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM


Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Pentaksiran Baharu STPM akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2012.

Maklumat lanjut mengenai Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini boleh dilayari melalui portal MPM www.mpm.edu.my

Sekian, terima kasih.

Thursday, March 15, 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sekian, terima kasih.

Saturday, March 10, 2012

Sepintas Lalu dari Karnival Pendidikan Kerjaya Daerah Gombak 2012

Sebahagian daripada anak-anak SMEKSES yang menghadiri karnival

Cenderahati yang dimenangi dalam taklimat kerjaya
Penyampaian sijil penghargaan disempurnakan oleh Timbalan PPD Gombak
Ucapan Perasmian oleh Pn Patipah Bt Samsuddin, Timbalan PPD Gombak

Barisan tetamu jemputan khas

Murid-murid yang mengunjungi karnival kerjaya

Taklimat UPU disampaikan oleh Pn Faridah Sultan, GBKSM SMK Sg Pusu

Thursday, March 8, 2012

Karnival Pendidikan Kerjaya Daerah Gombak 2012


Pejabat Pelajaran Daerah Gombak dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Gombak akan menganjurkan Karnnival Pendidikan Kerjaya di Ruang Legar Tingkat 2, Selayang Mall mulai 9-3-12(Jumaat) ini sehingga 11-3-12(Ahad).

Karnival Pendidikan Kerjaya ini diadakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada para murid menengah tinggi amnya, muria tingkatan 5 & 6 atas khasnya tentang peluang pendidikan yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Semua murid dan ibu bapa dialu-alukan untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi karnival ini. Sempena karnival, taklimat IPTS dan Ceramah kerjaya turut dihidangkan di pentas tingkat bawah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. MGK juga akan menyediakan kaunter untuk memberikan perkhidmatan B & K dengan memfokuskan inventori minat kerjaya.

Karnival akan bermula pada 10.30 pagi hingga 4.oo petang setiap hari. Penyertaan adalah percuma. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI HUJUNG MINGGU INI! JUMPA ANDA DI SANA!

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...