Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Berlalunya 1432H sebaik sahaja matahari terbenam lewat petang semalam dan bermulanya tahun baru 1433H sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib. Seperti biasa, sambutan Maal Hijrah saban tahun pasti diadakan dengan tema yang tersendiri. Tema sambutan Maal Hijrah 1433 kali ini ialah “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.

UBK mengucapkan Selamat Awal Muharran dan Salam Maal Hijrah kepada semua warga SMEKSES yang meraikannya. Semoga diberi kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan di hari yang mulia ini.

Tuesday, November 22, 2011

Selamat Cuti Sekolah....


UBK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua warga SMEKSES amnya dan murid-murdi khasnya, semoga adik-adik semua dapat memanfaatkan masa cuti panjang ini untuk memperlengkapkan diri untuk menghadapi cabaran 2012. Justeru, UBK menyenaraikan beberapa tip yang boleh anda amalkan semasa cuti sekolah ini. Antaranya ialah :

1. Mengamalkan prinsip belajar “sedikit demi sedikit”

Belajar dalam janka masa yang singkat, tetapi kerap dan berterusan. Contohnya pada musim cuti ini anda buat latihan matematik selama 30 minit dan ulangkaji atau buat latihan bahasa inglish selama satu jam setiap pagi.

2. Mengimbaskan Sukatan Pelajaran baru

Saya percaya sebelum anda cuti, anda telah mendapat buku-buku teks untuk tahun depan. Oleh itu, cuba baca sepintas lalu sukatan pelajaran yang ada dan mendapat maklumat tambahan untuk membantu anda lagar lebih memahami isi pelajaran yang bakal anda temouri nanti. Jika tidak mampu membaca sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang cuti sekolah. Sebaiknya anda buatkan jadual waktu belajar.

3. Menyemak nota-nota

Jangan lupa untuk menyemak nota-nota anda yang sedia ada. Ia mungkin boleh dikaitkan dengan isi pelajaran yang baru. Jika terdapat nota yang tidak lengkap, anda harus kemaskini dengan segera. Anda juga boleh merujuk kepada nota-nota kawan yang telah lengkap atau merujuk kepada buku rujukan. Apabila nota anda sudah lengkap, ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada tahun hadapan.

4. Menjawab soalan berformat PMR dan SPM

Ambillah kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat PMR dan SPM. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut. Antara set soalan yang boleh anda jawab ialah koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Bertanyalah pada kekawan untuk mendapatkan set-set soalan tersebut.

5. Tubuhkan kumpulan belajar

Banyak faedah apabila belajar secara berkumpulan. Antaranya ialah boleh berkongsi ideadan maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, anda juga boleh melakukan perbincangan dan membuat nota ringkas mengikut topik yang telah ditetapkan.

6. Membaca bahan bacaan tambahan

Anda boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya.

Akhir kalam dari saya semoga anda menggunakan masa cuti sekolah ini sebaik mungkin. Jangan membazirkan masa anda dengan melepak, berkunjung ke pusat-pusat game dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri anda. Semoga anda berjaya pada masa akan datang.

Akhir kata, UBK menyeru kepada para ibu bapa agar awasilah pergerakan anak anda. Seperti mana kita ketahui sekarang adalah musim hujan, jangan biarkan anak-anak bermain air untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

“SELAMAT BERCUTI……………….”

Saturday, November 19, 2011

Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Kepada Murid (2012)





Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 kepada murid Kelas Peralihan dan PPKI telah dijalankan pada 18-11-11 (Jumaat) mulai 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat sekolah. Para ibu bapa telah hadir ke sekolah untuk menerima bantuan khas persekolahan ini.

Penyerahan Bantuan Khas akan diteruskan pada minggu depan untuk murid tingkatan 1, 2, 3 dan 4. Diharap semua ibu bapa dapat menghadirkan diri untuk melicinkan kerja penyerahan ini. Semoga bantuan khas dapat membantu para murid untuk membeli kelengkapan sebelum tahun persekolahan yang baru.

Thursday, November 17, 2011

Permohonan Kemasukan ke IPTA & ILK 2012/2013

Permohonan termasuk:

1) Kemasukan ke IPTA Program Lepasan SPM/Setaraf Peringkat Diploma & Program Persediaan Sesi Akademik 2012/2013 dan

2) Kemasukan Ke Program Sijil & Diploma di Institutsi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional & Latihan Kemahiran (ILK) mulai ambilan 2012

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :-

  • Warganegara Malaysia dan
  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:

  • Semua program Asasi di UIAM;
  • Semua program Asasi Sains di UM;
  • Semua program pengajian di UiTM; dan
  • Semua program Asasi di UNIMAS

Permohonan Kemasukan ke IPTA Permohonan kemasukan ke IPTA melibatkan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti berikut :-

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM) **Ambilan Sendiri

Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut :-

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)

  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)

  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun - Malaysia (JMTI)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

  • Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

  • POLITEKNIK
  • KOLEJ KOMUNITI

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI

  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Calon SPM 2011 yang berminat boleh mendapat Nombor Unik ID dengan harga RM 10.60 di BSN dan boleh diguankan untuk mengemukakan kedua-dua permohonan, iaitu IPTA dan ILK secara online di laman sesawang upu.mohe.gov.my

Tuesday, November 15, 2011

Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Kepada Murid (2012)


Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Kepada Murid (2012) akan dijalankan mulai 18-11-11 (Jumaat) ini di Bilik Mesyuarat pada jam 10.00 pagi. Murid-murid SMEKSES boleh merujuk kepada jadual serta maklumat yang terpapar di atas untuk mengenalpasti tarikh dan masa penyerahan mengikut tingkatan.

Sebarang pertanyaan sila hubugi talian 03-61853448.

Saturday, November 12, 2011

Selamat Menduduki SPM 2011




Peperiksaan SPM bakal diadakanmulai 14-11-11(Isnin). Beberapa panduan disalurkan kepada semua murid yang akan menghadapi peperiksaan. Semoga anda berjaya dalam peperiksaan:

Sehari Sebelum Peperiksaan:

-Bertenang (emosi yang stabil)
-Pemakanan yang sihat dan berkhasiat-pastikan diri anda sihat dalam musim peperiksaan
-Lihat Nota- buku buku teks
-Jadual Peperiksaan - tandakan
-Kad Pengenalan- pastikan ada
-Alat tulis - pastikan lengkap
-Sembahynag hajat-mohon restu Allah@tuhan
-Sokongan moral dari keluarga
-Persediaan mental yang mantap
-Tidur @ rehat yang cukup

Hari Peperiksaan

-Bangun awal pagi
-Sarapan yang seimbang
-Pastikan maklumat peperiksaan lengkap
-Datang awal ke dalam dewam peperiksaan
-Tiada lagi perbincangan tentasng pelajaran
-Doa-mohon ketenangan dan kejayaan
-Masuk ke dewan dengan berdisiplin dan tenang
-Peristiwa luar jangka - nombor telefon:
* Sekolah
* Guru
* Setiausaha Peperiksaan

Dalam Dewan Peperiksaan

-Berdoa- mohon ketenangan dan keyakinan
-Dengar arahan Ketua Pengawas dengan teliti
-Baca semua soalan sepintas lalu
-Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu
-Pastikan jawapan yang anda pilih
-Cetuskan idea-idea penting sebagai jawapan
-Catat idea pada kertas soalan
-Sentiasa semak baki masa yang ada
-Semak jawapan anda. Pastikan jawapan anda:
* Tepat dan padat
* Teersusun dan kemas
-Jika tertekan (stress)
* Banyakkan instighfar
* Tarik nafas
* Bertenang
* Bayangkan suasana yang nyaman
_Jika masih tertekan, minta bantuan pengawas peperiksaan

Selepas Peperiksaan

-Elakkan perbincangan tentang jawapan
-Balik dengan senang hati. jangan fikirkan apa yang telah anda jawab
-Ulangkaji matapelajaran yang seterusnya
-Tunaikan solat bagi murid Islam dan sembahyang mengikut agama masing-masing bagi
yang bukan Islam
-Berdoa
-Bertawakal

Ubk berdoakan semoga anda berjaya dan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, GOOK LUCK!

Thursday, November 10, 2011

The Main Causes Of Liver Damage

The main causes of liver damage are:

1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.

2. Not urinating in the morning.

3. Too much eating.

4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver.
Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.

We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.'

Wednesday, November 9, 2011

Program Akademik Selepas Peperiksaan Ting 1,2 & 4

En Ho
En Ray
2KAA
En Tangga

Program Akademik Selepas Peperiksaan Tingkatan 1,2 & 4 telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid tingkatan 1,2 & 4 tentang program akademik yang boleh disertai demi mengisi masa lapang mereka semasa cuti sekolah yang agak panjang. Program ini dikelolakan oleh En Tanga, En Ray dan En Ho dari Pusat Tuisyen Didik Jaya.

Program akademik yang disusun atur oleh Didik Jaya akan bermula pada bulan Disember, murid boleh menyertai mengikut kerelaan masing-masing.

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha


UBK mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua warga sekolah yang meraikan hari yang mulia ini. Semoga diberi kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan. Berhati-hatilah di jalan raya apabila pulang ke kampung.

Thursday, November 3, 2011

Pemeriksaan Kesihatan Untuk Guru & Staf




Program Pemeriksaan Kesihatan Guru & Staf telah diadakan pada 2-11-2011(Selasa) 9.30pagi hingga 3.00 petang di Bilik Mesyuarat. Program ini dikendalikan oleh kakitangan National Kidney Foundation (NKF).

Pemeriksaan dibuat dengan kaedah "screening" untuk membantu mengenalpasti kandungan glukos dalam darah, kolesterol dalam badan, tekanan darah dan kesihatan buah pinggang, agar langkah rawatan awal boleh diambil sekiranya ada sebarang masalah kesihatan yang dikesan.

Kaunseling kesihatan juga diberi untuk membantu para guru dan staf memahami langkah-langkah menjaga kesihatan masing-masing.

Wednesday, November 2, 2011

Lawatan Ke SM Vokasional Sungai Buloh

Bengkel Mekanikal

Bengkel Penyejukan dan Penyamanan


Pn Samsina, GBKSM SM Vokasional Sungai Buloh memberi taklimat

Jom ke SMV Sungai Buloh

UBK telah menganjurkan Lawatan ke SM Vokasional Sungai Buloh pada 1-11-11. Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti Program Selepas PMR 2011.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...