Friday, July 29, 2011

Program Pertukaran Pelajar BSMM Malaysia- Korea Selatan





Sekolah kita didatangi dua orang pelajar dari Korea Selatan yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar Bulan Sabit Merah Malaysia-Korea Selatan . Mereka mengadakan Lawatan Sambil Belajar selama 2 hari di sekolah kita untuk memahami suasana pembelajaran di sekolah menengah di Malaysia, di samping menghayati kehidupan harian bersama keluarga angkat mereka.

Kehadiran mereka mendapat sambutan baik daripada warga SMEKSES.

Saturday, July 23, 2011

Kursus Kejurulatihan Fasilitator (Ice Breaking & Enegizer)



Pn Norhana menyampaikan cenderahati kepada En Mohd Fuad


Team Building

Senamrobik


Aktiviti Enegizer

Memakai kasut orang

Aktiviti Ice Breaking

En. Mohd Fuad B Abd Wahab dari SBPI Gombak dijemput untuk mengendalikan kursus ini.

Kursus Kejurulatihan Fasilitator "Ice Breaking & Enegizer" telah diadakan pada 23-6-2011(Sabtu)pada pukul jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi di dewan sekolah. Kursus ini melibatkan semua PRS, pemimpin kelab dan persatuan serta unit beruniform demi melahirkan pemimpin yang lebih berkayakinan dalam kalangan murid.

Kursus ini dikendalikan oleh En Mohd Fuad B Abd Wahab, GBKSM dari SBPI Gombak dan 3 orang pembantunya. Kursus ini disusuli aktiviti Ice Breaking, Enegizer, Senamrobik dan Team Building.

Thursday, July 21, 2011

New Zealand Education Fair 2011


Berita baik untuk murid-murid yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di New Zealand. New Zealand Education Fair akan diadakan pada 7-8-2011(Ahad)bertempat di Grand Dorsett Subang Hotel. Maklumat pameran adalah seperti berikut:

Tarikh: 7-8-2011(Ahad)
Tempat: Grant Dorsett Subang Hotel, Jalan SS 12/1, 47500 Subang Jaya, Selangor (03-50316060)
Masa Pameran: 11.00pagi - 5.00petang
Masa Seminar: 12.30tgh - 2.30petang

Sebarang pertanyaan, sila emel: bridget.mirandah@nzte.govt.nz atau layari www.nzeducated.com/myfair

Sekiranya anda mengisi maklumat dalam website ini, anda dapat peluang memenangi hadiah.

Tuesday, July 19, 2011

Program Kembali Ke Landasan



Tuan Pengetua menyampaikan Fail Mentor-mantee kepada guru dan murid

En Jamil B Ghapor Khan memberi taklimat tentang Mentor-mantee

Pn Saimah Bt Mohd Said memberi ucapan sokongan kepada para murid

En Mohd Hanafiah, PK KoKu memberi taklimat tentang KoKurikulum

Pn P.S Vasante memberi taklimat tentang disiplin

Guru dan murid yang terlibat dengan program PKKL

En Samsuki memberi taklimat "Mengapa Ke Sekolah?"

En Samsuki B Sudin, Pengetua SMK Seri Selayang merasmikan Program Kembali Ke Landasan

Majlis Pelancaran Program Kembali Ke Landasan (PKKL)telah diadakan pada tengah hari tadi di Bilik Seminar. Majlis ini dihadiri barisan pentadbir, semua GKMP, guru-guru serta murid-murid yang menyertai program ini.

Objektif PKKL ialah membantu murid-murid yang didapati keluar dari "landasan" kembali ke landasan yang sepatutnya. Beberapa aktiviti telah disusuli demi mencapai objektif ini. Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh En Samsuki B Sudin, Pengetua SMK Seri Selayang.

Thursday, July 14, 2011

Semakan Senarai Pengambilan PLKN 2012

Semakan Senarai Pengambilan PLKN 2010 kini boleh disemak secara online di laman sesawang www.khidmatnegara.gov.my. Murid-murid Tingkatan 5 yang mempunyai kemudahan di rumah boleh membuat semakan di rumah. Sementara murid yang tiada kemudahan internet di sekolah, boleh membuat semakan di Pusat Akses atau Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...