Thursday, June 30, 2011

Kursus Kepimpinan PRS Daerah Gombak 2011 Di UPM


Nik Nur Fadzillah dari 3S

Mohd Khairi dari kelas 2E menyertai kursus 3 hari 2 malam ini


Pn Hjh Norhana memberi ceramah

Cik Hing sedang menjalani kerja-kerja pendaftaran

Kursus Kepimpinan PRS Sekolah Menengah Daerah Gombak 2011 telah berlangsung di Kolej 6 UPM pada 29-6-11 hingga 1-7-11. Kursus ini terbuka kepada semua sekolah menengah Daerah Gombak, di mana setiap sekolah diwajibkan untuk menghantar 4 orang PRS untuk menyertai kursus ini.

Pn Hjh Norhana dan Cik Hing bertugas sebagai urusetia Pendaftaran.Pn Hjh NOrhana juga ditugaskan untuk menyediakan Ujian Pro dan Post di samping memberi ceramah bertajuk "Kemahiran Asas PRS".

Kursus ini dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling Daerah Gombak dan melibatkan 127 orang PRS dari 32 buah sekolah menengah dalam Daerah Gombak. Tujuan kursus ini diadakan untuk memberi kemahiran asas kepada para PRS agar mereka dapat memainkan peranan dalam membantu diri demi membantu rakan yang lain.

Monday, June 27, 2011

Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM 2012/2013

Permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2012/2013 boleh dibuat melalui internet mulai 1 hb. Julai, 2011. Murid yang berminat dikehendaki mendapatkan Nombor Pengenalan Individu(NPI)di Bank Simpanan Nasional (BSN)dengan harga RM 6.00. UBK akan membantu murid-murid untuk membuat permohonan secara online mulai 15hb. Julai bertempat di Bilik Bimbingan & Kaunseling.

Monday, June 20, 2011

Pelancaran Hari Koperasi Sekolah 2011




Hari Koperasi Sekolah 2011 telah dilancarkan dengan rasmi oleh En Samsuki B Sudin, Pengatue SMK Seri Selayang pagi tadi. HKS 2011 beretemakan "Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu" dengan objektif mendedahkan warga sekolah dan masyarakat setempat tentang koperasi sekolah, menghebahkan kepada warga seklah peranan yang dimainkan oleh koperasi untuk memdidik para murid supaya mempunyai jati diri yang selaras dengan prinsip, nilai dan amalan kopeasi. Sempena dengan HKS 2011, pelbagai aktiviti telah dirancangkan untuk memeriahkan lagi HKS 2011.

Monday, June 13, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah!


UBK mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua warga sekolah dengan semangat dan azam baru bagi menempuh cabaran baru.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...