Thursday, April 28, 2011

Semakan Tawaran Tingkatan 6 Bawah 2011

Senarai tawaran tingkatan 6 bawah 2011 akan diumumkan pada 2-5-2011. Pelajar boleh menyemak senarai tersebut secara online di laman sesawang rasmi KPM di alamat: www.moe.gov.my mulai 2-5-2011.

Kelas tingkatan 6 bawah akan bermula pada 9-5-2011(Isnin), pelajar yang ditempatkan ke tingkatan 6 bawah dikehendaki memuatturunkan surat tawaran secara online dan melaporkan diri di sekolah yang ditempatkan pada tarikh tersebut.

Pelajar yang tidak berjaya boleh membuat rayuan di sekolah asal dengan mengisi borang T6BKK sebelum 28-5-2011.

Tuesday, April 26, 2011

Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi GSTT 2011

Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Bukan Siswazah dan Siswazah yang Sedang dan Pernah Berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011 kini di buka untuk permohonan. Kepada mereka yang berminat boelh melayari laman web rasmi KPM untuk keterangan lanjut. Tarikh tutup permohonan ialah 16-5-2011.

Thursday, April 21, 2011

Pertandingan Memasak Kerabu








Pertandingan Memasak Kerabu anjuran Panitia KHB sempena Minggu Teknik & Vokasional telah diadaka pada 21-4-11(Khamis)bertempat di kantin. Cik Hjh Norhana dan Cik Hing antara guru yang dijemput untuk menjadi hakim pertandingan. Sebanyak 10 kumpulan peserta yang terdiri daripada guru-guru telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.Guru-guru menunjukkan bakat kreativiti dan inovatif masing-masing dalam memasak kerabu.

Monday, April 18, 2011

Pindaan Tarikh Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM Ambilan Jun 2011

Semakan nama calon berjaya ditemuduga bagi Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 telah dipinda ke 12 April 2011. Calon boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang KPM bermula 12 April 2011.

Harap maklum.

Saturday, April 9, 2011

Ceramah "Tanggungjawab Sosial Remaja"





Ceramah "Tanggungjawab Sosial Remaja" telah diadakan pada 8-4-2011(Jumaat)sempena Minggu B&K. Ceramah ini disampaikan oleh Telekom Malaysia di bawah Program Share and Caring. Ceramah ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para murid tentang penggunaan panggilan 999 secara bijak.

Taklimat Promosi Program Matrikulasi KPM





Taklimat Promosi Program matrikulasi KPM telah diadakan pada 7-4-2011(Khamis)di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting. Taklimat disampaikan oleh Tn Hj Mohd Kassim B Jaafar, Pegawai Bahagian Matrikulasi KPM dan dihadiri semua wakil GBKSM Negeri Selangor. Para GBKSM telah ditaklimatkan info ynag terkini berkiatan dengan Program Matrikulasi.

Taklimat Matrikulasi ini akan disampaikan kepada murid tingkatan 5 yang layak oleh Cik Hing pada minggu akan datang.

Wednesday, April 6, 2011

Pameran Kerjaya 2011





Pameran Kerja telah diadakan sempena Minggu Bimbingan dan Kaunseling 2011. Pameran ini disertai Kolej Kejururawatan Assunta, Kolej YPC, Masterskill Universiti Kolej, Saito Art Academy dan Pusat Latihan AIMST. Pameran ini bertujuan untuk memberi infor tentang peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dan disasarkan kepada murid Tingkatan 5.

Tuesday, April 5, 2011

Ceramah Kerjaya Hospitality



Ceramah Kerjaya berkaitan dengan kerjaya Hospitality telah disusulkan sempena hari pelancanran MBK. Ceramah ini disampaikan oleh En Mohd Akmal dari PTPL/MSU. Isi kandungan ceramah amat menarik perhatian murid kerana ini merupakan kali pertama kerjaya HOSPITALITY diperkenalkan kepada para murid.

Majlis Pelancaran Minggu Bimbingan dan Kaunseling 2011




Majlis Pelancaran Minggu Bimbingan dan Kaunseling 2011 telah dijalankan pada 4-4-11(Isnin). Majlis Pelancaran diadakan serentak bersama Majlis Pelancaran Bulan Bahasa. Majlis ini disempurnakan oleh Pn Nooruslaini Bt Mohd, Penolong Kanan SMEKSES yang mewakili Pengetua yang tidak dapat hadir pada hari ini kerana ada tugas rasmi di tempat lain. Sempena dengan MB, semua guru telah dihadiahkan buah epal sebagai tanda penghargaan UBK kerana guru-guru yang telah banyak memberi kerjasama kepada UBK dalam menjayakan semua aktiviti UBK selama ini.

Saturday, April 2, 2011

Apples' Day




Jualan Epal telah melandakan warga sekolah mulai 25-3-2011 yang lepas ini. Apples' Day merupakan aktiviti tahunan sempena Minggu Bimbingan dan Kaunseling. Pembimbing Rakan Sebaya dikumpulkan untuk memproses epal untuk diedarkan berdasarkan tempahan. Pengedaran epal kepada penerima akan bermula Isnin depan.

Para PRS memberi respon yang sangat menggalakkan terhadap Jualan Epal. PRS yang mendapat tempahan paling banyak akan diberi hadiah sebagai tanda penghargaan ke atas usaha mereka. Jualan Epal mendapat sambutan yang sangat memerangsangkan setiap tahun. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi sokongan.

Ceramah Kerjaya




Ceramah Kerjaya berkaitan dengan Keselamatan Jalanrayan, Alam Sekitar dan Kerjaya Otomotif telah diadakan pada 1-4-2011(Jumaat)yang lepas. En Waiky Foo dari TOC telah memberkan penekanan kepada ketiga-tiga topik tersebut dengan murid kelas 5 Perdagangan, 5 Perdana, 5 Ekonomi dan 5 Waja.

Lawatan Ke TOC






UBK telah mengadakan lawatan ke The Otomotif College(TOC)pada 30-3-2011(Rabu)sempena Minggu Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 76 orang murid Tingkatan 5 telah menyertai lawatan ini.

Mdm Eddie Rajen telah memberi takliomat kepada kami tentang Kerjaya Otomotif dan kami telah dibawa untuk mengunjung ke bengkel-bengkel TOC. Lawatan in merupakan satu pengalaman yang amat bermakna buat para peserta.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...