Tuesday, March 29, 2011

Minggu Bimbingan & Kaunseling 2011


Bacaan Ikrar Anti Dadah


Muhd Sauffi mengetuai Bacaan Ikrar Anti Dadah


Kok Shen Chen menyampaikan Info 5 Minit

Minggu Bimbingan dan Kaunseling diadakan mulai 28-3-2011. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:
1)Info 5 Minit
2)Pertandingan Melukis Poster
3)Jualan Epal
4)Ceramah Kerjaya
5)Lawatan Kerjaya Ke TOC
6)Ceramah Kesihatan
7)Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah
8)Ceramah Remaja Dan Tanggungjawab

Wednesday, March 23, 2011

Lonjakan Saujana SPM 2010

Keputusan SPM 2010 telah diumumkan pagi tadi. Sekolah kita telah mendapat LONJAKAN SAUJANA, di mana peratusan kelulusan keseluruhan telah mencapai 94.12%, meningkat sebanyak 10.4%. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepda semua warga sekolah atas kejayaan ini.

Anugerah Inovasi PPD Gombak 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pusat Akses SMK Seri Selayang atas kejayaannya mendapati Anugerah Inovasi Hari Anugerah Inovatif PPD Gombak 2010. Kejayaan ini menunjukkan kecemerlangan En Nik Mohd Azrul, selaku Juruteknik IT dalam menguruskan Pusat Akses SMEKSES.

Monday, March 21, 2011

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Pengajian Lepasan SPM Peringkat Diploma 2011/2012

Permohonan Ke IPTS untuk lepasan SPM Peringkat Diploma 2011/2012 kini masik dibuka kepada semua lepasan SPM 2010. Anda masih boleh membuat permohonan secara online di laman web rasmi KPM: www.upu.gov.my. Tarikh tutup ialah 4 hb April, 2011.

Saturday, March 12, 2011

Selamat Bercuti



UBK mengucapkan SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT BALIK KAMPUNG kepada semua warga sekolah.

Wednesday, March 9, 2011

Jawatan Kekosongan Konstabel Lelaki Polis Diraja Malaysia


Jawatan Kekosongan Konstabel Lelaki Polis Diraja Malasyia

1. Jabatan - PDRM
Kumpalan perkhidamtan - Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan - perkhidmatan Polis

2. Syarat Skim Perkhidmatan
Warganegara Malaysia, berumur kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada
tarikh tutup iklan.

3. Kelayakan
Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, dan
kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk Lisan BM)dalam SPM. Mendapat Kepujian di
dalam 2 mata pelajaran termasuk BM dan lulus dalam 4 mata pelajaran lain dalam
satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

4. Kelayakan Fizikal
Tinggi sekurang-kurangnya 1.6m.
Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg.
Ukuran lilitan dada biasa 81cm dan 86cm semasa menarik nafas.
Lulus ujian penglihatan
Pengecanan warna dan pendengaran yang tidak cacat,
Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

5. Cara Permohonan
Mengisi Borang POL. 262 yang boelh didapati secara percuma di ibu pejabat Polis
Daerah berhampiran dengan membawa sijil asal SPM.

6. Tarikh Tutup:9-3-2011

Tuesday, March 8, 2011

Kursus Perguruan Lepasan SPM 2010


Kursus Perguruan lepasan SPM kini dibuka untuk permohonan.Murid-murid yang berminat sila membuat permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM ambilan Jun 2011.

Program yang ditawarkan ialah
A. Program Ijazah Sarjana Muda(Kepujian)-SK, SJKC dan SJKT
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara(Fizik, Kimia, Biologi, Matematik,Pendidikan Khas,Bahasa Cina)
C. Program Kembar Bahasa Inggeris
D. Program Kembar Bahasa Jerman

Syarat dan Kelayakan Asas:

a) 3 mata pelajaran mendapat cemerlang dan 3 mata pelajaran mendapat kepujian
(BM,Sejarah,satu mata palajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.
b) Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.(Rujuk e-Panduan Permohonan)

Anda boleh membeli PIN di Bank Simpanan Nasional dengan harga RM6.00 dan mengemukakan permohonan secara online.Tarikh tutup ialan 21 Mac 2011, murid-murid yang berminat digesa bertindak segera.

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my untuk maklumat lebih lanjut mulai 7-3-2011.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar,BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU di talian 03-88841260 / 1254/ 1253/ 1371/ 1235

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...