Thursday, December 30, 2010

Terima Kasih & Selamat Datang!

Guru Kaunseling Petang, Pn Noorhafizan Bt Zakaria telah bertukar ke SMK Sungai Kertas mulai 1-1-2011. UBK mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Pn Noorhafizan atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan semasa beliau berkhidmat di SMEKSES.Semoga maju jaya dan selamat bertugas di sekolah baru.

UBK juga mengucapkan Selamat Datang kepada Pn Rosmah Bt Ramli yang baru berpindah ke SMEKSES.Semoga beliau dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja di SMEKSES.

Hari Suai Kenal Murid Tingkatan 1 & Peralihan 2011

Hari Suai Kenal Murid Tingkatan 1 & Peralihan 2011 akan diadakan pada 31-12-2010(Jumaat)pada pukul 8.30 pagi.Tujuan mengadakan Hari Suai Kenal ialah memberi persediaan awal kepada para murid baru untuk menyesuaikan diri suasana persekolahan yang baru. Kehadiran ibu bapa dan murid amat dialu-alukan.

Thursday, December 23, 2010

Tahniah dan Syabas!


UBK mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada calon-calon PMR 2010 yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam PMR yang baru diumumkan.

Sekolah kita telah mencapai kenaikan sebanyak 9.6%, iaitu 63% berbanding 53% pada tahun 2009. Sebanyak 6 orang telah mendapat 8A dan 2 orang mendapat 7A. Kejayaan ini menunjukkan usaha pihak pentadbir, guru-guru dan para calon telah membuahkan hasil yang lumayan. Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah atas kejayaan ini, semoga kecemerlangan ini akan dikekalkan dan ditingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Tuesday, December 21, 2010

Keputusan PMR 2010

Keputusan PMR 2010 akan diumumkan pada 23-12-2010, iaitu Khamis ini. Semoga bekas calon PMR SMEKSES mencapai kejayaan.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...