Wednesday, June 23, 2010

Ceramah Sijil Kemahiran Malaysia







Ceramah Kemahiran Malaysia diadakan pada 23-6-10(Rabu) untuk murid 5SRT, 5 Perdagangan dan 5 Teras.

Ceramah SKM ini lebih berfikus kepada Kursus Kemahiran Kimpalan yang disampaikan oleh En Azmi B Mahayudin dari Quality Weld Academy, Kajang.

Murid lepasan SPM yang berminat menceburi bidang Kimpalan boleh mengikuti Kursus Kimpalan sehingga Tahap ke 3 untuk mendapatkan sijil. Murid-murid juga diberi peluang untuk merasai pengalaman membuat kerja kimpalan.

Ceramah Kerjaya






Ceramah Kerjaya telah diadakan pada 22-6-2010 (Selasa)di BIlik Seminar.

Ceramah ini ditujukan khas untuk murid 5S, 5PA dan 5RJP. Ceramah kerjaya ini disampaikan oleh En Heng Hua Teck, Pegawai Pasaran dari Stamford College, Petaling Jaya. En Heng memberi pendedahan kepada murid tentang hala tuju selepas SPM, terutamanya untuk mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat 1 Level sebelum masuk ke universiti.

Menurut En Heng, A level merupakan kursus pra universiti yang diakui semua IPTA dan IPTS dalam dan luar negara, berbanding dengan STPM yang lebih diterima oelh IPTA dan IPTS tempatan. Namum begitu, A Level memakan belanja yang banyak berbanding STPM.

Tuesday, June 22, 2010

Selamat Kembali ke Sekolah !



UBK mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH selepas cuti pertengahan tahun !

Semua murid akan menerima keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dalam minggu ini. Semoga anda mendapat mencapai prestasi akademik yang membanggakan. Sekiranya pencapaian anda kurang memuaskan, jangan putus asa. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dalam Semester 2 ini. Masih tidak terlambat. SYABAS !

Friday, June 4, 2010

Selamat Cuti Sekolah !



UBK mengucapkan SELAMAT CUTI SEKOLAH kepada semua guru dan murid SMEKSES yang dihormati dan disayangi. Semoga masa cuti 2 minggu ini digunakan dengan penuh manfaat!
Jumpa iagi !

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...