Sunday, May 23, 2010

Program Hala Tuju & Pameran Kerjaya








Program Hala Tuju dan Pameran Kerjaya anjuran PPD Gombak telah diadakan di Kompleks Membeli Belah Selayang pada 22-5-10 (Sabtu). Seramai 38 orang murid Tingkatan 5 telah mengikuti rombongan ke program tersebut.

Murid-murid telah mengikut Taklimat Matrikulasi di Bilik Seminar, PPD Gombak. Selepas taklimat, kamitelah mengungjungi Pameran Kerjaya di tingkat 2.

Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010







Sambutan Hari Guru 2010 telah diadakan pada 17hb. Mei 2010 (Isnin) pada 7.30 pagi. Semua warga SMEKSES telah berhimpun di tapak perhimpunan untuk meraikan hari yang mulia ini.

Upacara sambutan dimulakan dengan ucapan wakil murid, ucapan YDP PIBG, ucapan Pengetua dan disusuli dengan perutusan KPPM dan Menteri Pelajaran Malaysia. Sukaneka telah diadakan bagi mengeratkan silatulrahim dalam kalangan guru dan murid. Persembahan murid dan guru pula diadakan di dewan sekolah selepas rehat. Pihak kantin telah menyediakan makanan tengah hari untuk semua guru.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU SMEKSES!

Saturday, May 15, 2010

GOTONG ROYONG HARI GURU









Gotong royong sempena Hari Guru 2010 telah diadakan pada 15-5-10 jam 8.00pagi. Semua warga SMEKSES melibatkan diri untuk membersihkan kawasan sekolah. UBK telah menjalani kerja-kerja membersihkan Taman Bimbingan & Kaunseling, dan menyiapkan motto di Bilik Seminar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada PRS dan guru UBK yang menglibaktan diri dalam kerja-kerja pembersihan di taman, dan di Bilik Seminar.

Sunday, May 9, 2010

Kemasukan Ke Tingkatan 6

Persekolahan Tingkatan 6 akan bermula pada 10hb. Mei, 2010, bersama dengan hari Isnin. Para lepasan SPM SMEKSES seramai 80 lebih orang murid telah ditempatkan ke dalam tingkatan 6. Para lepas SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 diminta melayari laman web rasmi KPM untuk menyemak senarai kemasukan.

Para lepasan dikehendaki melaporkan diri ke sekolah-sekolah yang ditempatkan pada 7.30 pagi esok.

Selamat maju jaya!

Saturday, May 1, 2010

Semakan Kemasukan Ke IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengumumkan senarai nama calon lepasan SPM dan STPM yang berjaya dalam permohonan ke IPTA. Para pemohon boleh menyemak senarai nama di laman web rasmi KPT di www.mohe.gov.com

Semoga berjaya !

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...