Sunday, April 18, 2010

Program Matrikulasi

Keputusan permohonan Program Matrikulasi boleh disemak secara online mulai 16-4-2010. Para pemohon diminta menyemak keputusannya di laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia。Semoga anda berjaya!

Thursday, April 8, 2010

Majlis Pelancaran Minggu Bimbingan & Kaunseling 2010










Majlis Pelancaran telah dilangsungkan pada 5-4-2010(Isnin)di tapak perhimpunan SMEKSES.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pn Hjh Wan Saberina Bt Wan Musa, Pengetua cemerlang SMEKSES.Cenderahati berbentuk buah epal telah dihulurkan kepada semua guru dan staf sokongan SMEKSES sebagai tanda penghargaan Unit Bimbingan & Kaunseling atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh para guru dan staf sokongan.

Tuesday, April 6, 2010

Program Teknik Menjawab Soalan

Program Teknik Menjawab Soalan dalam bulan Februari dan Mac untuk murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 telah diadakan untuk membantu mereka bagi menguasai teknik-teknik menjawab soalan dalam peperiksaan nanti.



Program Motivasi Bersama ITPS








Program motivasi yang dikendalikan oleh IPTS telah diadakan pada bulan Februari dan melibatkan murid-murid Tingkatan 5.

Saturday, April 3, 2010

Apple's Day










PRS SMEKSES telah menghadirkan diri di Bilik Bimbingan & Kaunseling untuk memproses epal yang bakal diedarkan kepada semua guru sempena Majlis Pelancaran Minggu Bimbingan & Kaunseling. Epal yang ditempah oleh para guru, staf sokongan dan murid juga akan diedarkan kepada penerima mulai Isnin depan.

PRS membungkus epal dengan pembalut dan kad ucapan diikat bersama. Aktiviti memproses epal dapat mengeratkan silatulrahim dalam kalangan PRS. Turut hadir bersama termasuk guru B & K.

Laluan Mudah Untuk Guru

Laluan Mudah Ke IPTA/IPTS

Laluan Mudah Untuk Semua

Laluan Mudah Untuk Semua
Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat berkunjung ke blog Unit Bimbingan & Kaunseling. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada kami melalui email UBK: ubksmekses@gmail.com

Every Child Matters, No One Is Left Behind...